Isnin, 19 Mac 2012

Cermin gelap dan nescafe shake

Rumah Hijau: Isu pemanasan global sangatlah dirasa jika
kereta tidak digelapkan cermin seadanya. Cahaya terus
ke dalam kereta memaksa aircond bekerja keras menurunkan
suhu dalam kereta sekaligus menurunkan kuasa kereta dan
menambahkan penggunaan petrol.
Promosi: Disebabkan tak sure berapa kos nak menggelapkan
cermin maka hasrat murni itu lamalah di'KIV' sehinggalah
terlalu disebatang jalan di Teluk Intan di mana ternampak
banner promosi cermin gelap.


Kira-Kira: Setelah dipersetujui maka cermin yang akan digelapkan
ialah cermin tepi dan hadapan sahaja.
Kos 4 cermin pintu tepi RM45.00
Kos 1 cermin hadapan RM 80.00
Jumlah RM125.00..kalau nak gelapkan
cermin belakang kena tambah RM40.


Nyaman: Sambil nak menunggu tinted dipasang, dibarisan kedai
yang sama ada satu restoran Little Kitchen namanya. walaupun
nama ala London tapi kedai melayu ala restoran Santai. Menariknya
ada Free Wifi & mini perpustakaan..time cuaca panas kena
Pau Kacang dengan Nescafe Shake memang best...
Sekian..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan