Isnin, 5 September 2011

Cabaran dalam Fotografi

3rd DSLR: Berbekal DSLR yang baru je
angkat masa kenduri kawen aritu jadi cuti raya
ni saje nak mengetest kuasa maksimumnya.
Setiap foto ada cabarannya so disini akan diterangkan
camne nak selesaikan semua problem tu..


Angin: Cabaran nak shoot Bunga Raya
ialah tiupan angin. Bunga Raya ni memang jenis
takkan diam walau disuruh kecuali le Bunga Citra
Lestari..hehe.So bila angin tak henti bertiup jadi
naikkan sikit speed shutter tu kepada 1/250 or 1/500.
Kamera yang tak boleh set shutter speed just ikut
bunga tu bergoyang pastu shoot..haha

Liar: Sukar nak shoot kucing kalau tak kena
caranya. Nak bagi kucing diam tabur je
dedak atas tanah jinakla sekejap kucing tu..keh..keh

Altitude: Nak shoot gambar bunga betik
memang susah disebabkan kedudukannya
selalunya di pucuk. Faktor ketinggian jadi
halangan. Jadi nak selesaikannya carilah
pokok betik yang rendah..huhu..

Sensitif: Tengok mata langau tu punyale besar.
So kalau datang dekat sikit dah tentunya cepat
je dia cabut lari. Untuk cabaran kali ini pilihlah
time langau tidur..dipercayai waktunya adalah
pada 2 jam pertama office hours..selepas time
tu dipercayai langau dah segar semula untuk
lunch..hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan