Jumaat, 27 Mei 2011
Madrasah di Ulu Langat
2000: Berkunjung ke rumah sahabat di Ulu Langat
dan rumahnya berhampiran sebuah madarasah yang
aku pun dah lupa lokasi tepatnya.
Suasananya memang dalam perkampungan dan
sepanjang di rumah beliau akan kedengaran suara
pelajar-pelajar di madrasah berhampiran sedang
membaca al-quran beramai-ramai.
2011: Kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim
dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa yang lalu
mengingatkan semula suasana itu. Mungkin tempat
yang berlainan tapi suasananya ku kira begitulah.
Renungan: Pertanyaan tentunya akan datang dalam
fikiran mengapa ini boleh berlaku dan banyaklah
pandangan, pendapat dan macam-macam yang
boleh kita dengar.
Hikmah: Setiap apa yang berlaku adalah ketentuanNya
dan tentu kita pernah dengar kisah Nabi Musa
'belajar' dari Nabi Khidir yang difirmankan Allah
didalam Surah Al-Kahfi.
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata
kepada temannya: "Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga
aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku
berjalan terus bertahun-tahun". (Al-Kahfi 18:60)
Maka apabila mereka berdua sampai ke tempat pertemuan
dua laut itu, lupalah mereka akan hal ikan mereka,
lalu ikan itu menggelunsur menempuh jalannya di laut,
yang merupakan lorong di bawah tanah. (Al-Kahfi 18:61)
Setelah mereka melampaui (tempat itu), berkatalah Nabi Musa
kepada temannya: "Bawalah makan tengah hari kita
sebenarnya kita telah mengalami penat lelah dalam
perjalanan kita ini". (Al-Kahfi 18:62)
Temannya berkata: "Tahukah apa yang telah terjadi
ketika kita berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku
lupakan hal ikan itu; dan tiadalah yang menyebabkan
aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu
melainkan Syaitan; dan ikan itu telah menggelunsur
menempuh jalannya di laut, dengan cara yang
menakjubkan". (Al-Kahfi 18:63)
Nabi Musa berkata: "Itulah yang kita kehendaki ";
merekapun balik semula ke situ, dengan menurut
jejak mereka. (Al-Kahfi 18:64)
Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba
Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat
dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu;
dari sisi Kami. (Al-Kahfi 18:65)
Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu,
dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah
diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi
petunjuk bagiku?" (Al-Kahfi 18:66)
Ia menjawab: "Sesungguhnya engkau (wahai Musa),
tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku. (Al-Kahfi 18:67)
Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara
yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi? (Al-Kahfi 18:68)
Nabi Musa berkata: "Engkau akan dapati aku,
Insyaa Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan
membantah sebarang perintahmu". (Al-Kahfi 18:69)
Ia menjawab: "Sekiranya engkau mengikutku, maka janganlah
engkau bertanya kepadaku akan sesuatupun sehingga
aku ceritakan halnya kepadamu". (Al-Kahfi 18:70)
Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka
naik ke sebuah perahu, ia membocorkannya.
Nabi Musa berkata: "Patutkah engkau membocorkannya
sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan
penumpang-penumpangnya? Sesungguhnya engkau telah
melakukan satu perkara yang besar".
(Al-Kahfi 18:71)
Ia menjawab: "Bukankah aku telah katakan, bahawa engkau
tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?" (Al-Kahfi 18:72)
Nabi Musa berkata: "Janganlah engkau marah akan daku
disebabkan aku lupa (akan syaratmu); dan janganlah engkau
memberati daku dengan sebarang kesukaran dalam
urusanku (menuntut ilmu)". (Al-Kahfi 18:73)
Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila
mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu ia
membunuhnya. Nabi Musa berkata "Patutkah engkau
membunuh satu jiwa yang bersih, yang tidak berdosa
membunuh orang? Sesungguhnya engkau telah
melakukan satu perbuatan yang mungkar!" (Al-Kahfi 18:74)
Ia menjawab: "Bukankah, aku telah katakan kepadamu,
bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?"
(Al-Kahfi 18:75)
Nabi Musa berkata: "Jika aku bertanya kepadamu tentang
sebarang perkara sesudah ini, maka janganlah engkau
jadikan daku sahabatmu lagi; sesungguhnya engkau
telah cukup mendapat alasan-alasan berbuat demikian
disebabkan pertanyaan-pertanyaan dan bantahanku". (Al-Kahfi 18:76)
mudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka
sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta
makan kepada orang-orang di situ, lalu orang-orang itu
enggan menjamu mereka. Kemudian mereka dapati di
situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu ia membinanya.
Nabi Musa berkata: "Jika engkau mahu, tentulah
engkau berhak mengambil upah mengenainya!" (Al-Kahfi 18:77)
Ia menjawab: "Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu,
aku akan terangkan kepadamu maksud
(kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau
tidak dapat bersabar mengenainya.
(Al-Kahfi 18:78)
Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang
miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan
tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka
nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah
perahu yang tidak cacat.
(Al-Kahfi 18:79)
Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang
yang beriman, maka kami bimbang bahawa ia akan mendesak
mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur.
(Al-Kahfi 18:80)
Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka
gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya
tentang kebersihan jiwa, dan lebih mesra kasih sayangnya.
(Al-Kahfi 18:81)
Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang
anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada "harta terpendam"
kepuyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh.
Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur
dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu,
sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka).
Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri.
Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara
yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya".
(Al-Kahfi 18:82)
Foto: Penghuni Madrasah At-Taqwa..
DariNya Kita datang dan
kepadaNya kita pergi.
Semoga roh mereka yang terkorban
dicucuri rahmat.
Khamis, 26 Mei 2011
Ayat Seribu Dinar
Dinar: Semua orang nak kaya, sebut kaya terbayangla
duit banyak, kereta bersusun, rumah besor dan macam-macam
lagi tafsirannya.
Kaya: Orang kata, anak ramai pun kaya juga..kaya anak!
Suka tolong orang..kaya budi!..kaya Idea..kaya raya..dan
macam-macam lagi kaya.
Amal: Nak kaya semua..amalkanlah Ayat Seribu Dinar
InsyaAllah diberi kelapangan dalam semua hal.
At-Talaq [2] ……dan barang siapa yang bertakwa
kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan
meninggalkan laranganNya), niscaya Allah akan mengadakan
baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
At-Talaq [3] Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas
At-Talaq [3] Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas
di hatinya dan (Ingatlah), barang siapa berserah diri bulat-bulat
kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya
(untuk menolong dan menyelamatkannya).
Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang
dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan
masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Nota:
1 dinar = 4,25 gram = RM 657
1000 dinar = 4,25 kg = RM 657,000
1000 dinar = 4,25 kg = RM 657,000
*banyak juga kalau seribu dinar ditukar
dalam bentuk duit..tapi nilai Ayat Seribu
Dinar tak boleh ditukar dengan apa-apa
sekalipun..Maha Kaya dan Maha Pemurah
Allah menjadikan alam ini.
Selasa, 17 Mei 2011
Bola Sepak Felda Tenang yang tenang...
bila waktu petang. Ada satu zaman tu tak kira apa cuaca
dan musim padang ini penuh dengan
anak-anak felda dari pangkat anak sekolah,
remaja, belia dan vateran turut serta bermain
bola sepak bersama.
Vateran: Pengalaman dan skill orang-orang lama
akan diturunkan kepada generasi baru.
Satu daripada yang aku dapat ialah nak bagi kaki
kuat untuk sepakan.
Abg Razak: Ko cari tiub tayar motor terpakai
ikat satu kat pokok satu kat kaki ko..cuba latih
sepak selalu..
Abg Remy: Letak posisi 'lubang isi angin' pada
tempat untuk disepak..sure bola akan pergi
mana ko nak..
Kombinasi: Gabungan dua teknik diatas boleh
menggegarkan tiang gol atau keeper memang
tak sempat nak tepis.
Dan macam-macamla petua, skill yang diperoleh.
Hasilnya tentulah membanggakan bila dapat
membantu pasukan sekolah sebagai Juara Daerah.
Sekarang: Padang ni sunyi je..ikut hati nak main,
ikut angin nak turun..skuad pelapis adala 3-4 orang
main sepak depan gol.
Harapan: Semoga semangat yang terpadam itu
kembali menyala untuk menghidupkan
semula generasi bola sepak Felda Tenang.
Selasa, 10 Mei 2011
Bila aircond tak sejuk..
Dulu aku ni doktor Aircond..kira ni le bendanya untuk
check sakit demam 80 biji aircond kat ibusawat dalam
sebulan.
Sakit: Aircond sakit bila tak sejuk, serupa kipas
angin je rasanya.
Maka alat dipanggil 'Manifold gauge' ini akan
memberi bacaan tekanan rendah dan tinggi
dalam sistem aircond itu sendiri. Serupa macam
check tekanan darah gitew..
Analogi: Jika tekanan
terlalu rendah, gas tak cukup..jika tekanan
tinggi maka adala part yang tersumbat atau
heating tak dapat disalur keluar dari sistem.
Salur tengah tu untuk topup gas..jika asyik
kurang je gas walau dah topup banyak kali
maka adala part yang 'leaking'.
Jika 'compressor' atau jantung aircond ni
yang 'kong' maka kenala tukar sebijik yang
baru.
Tips: Kalau aircond kat rumah korang
tak sejuk ini dia simple trouble shoot..
1. Kipas Indoor (blower) kat dalam rumah On tapi angin yang keluar
kurang atau tak sejuk..check Penapis udara kat indoor dulu.
Kalau kotor keluarkan penapis dan basuh
dengan air sabun. Dah kering pasang semula.
Bila filter (penapis habuk) kat indoor tersumbat,
udara panas tak dapat disedut keluar oleh kipas blower
dan udara sejuk tak dapat dibawa masuk ke dalam rumah.
2. Bila kipas dalam rumah ON dan kipas kat luar (Condenser Fan) tu
tak pusing maka selalunya 'Kompressor'
pun akan ikut tak function. Sebab selalunya normal setting setelah beberapa
minit kipas luar berpusing dan selepas itu baru kompressor akan ON.
Kalau kipas berpusing cuba
rasa dengan tangan angin yang keluar tu panas ke
suam2 atau tak rasa apa..sepatutnya angin yang keluar
rasa panas sebab bila kompressor dah ON haba dari dalam
rumah dibawa keluar melalui gas aircond dalam paip dan
dibuang melalui kipas kondenser diluar.
3. Kalau Kipas kat outdoor pusing cuba
dengar samada Compressor berfungsi atau
tak..(bunyi macam peti ais)..
4. Masalah 2 dan 3 diatas untuk kenal pasti
samada kipas atau kompressor yang problem.
(Jika tak function mungkin ada 'trip' kat control
switch atau Fan problem, mungkin juga Compressor).
Jika lepas 'reset' masih tak function..berat tuh..
Jika keduanya function, Alhamdulillah. Go to the
next step.
5. Jika kipas dalam dan luar berfungsi dan
kompressor pun ON tapi rumah tak sejuk..
maka perhati kat jaring-jaring
halus belakang kipas tu..jika dah berhabuk
tak nampak sirip maka kenalah cuci dulu
sirip-sirip tu. Jika habuk tebal melekat kat sirip
udara panas yang dibawa dari dalam rumah ke luar
tak dapat disingkir keluar oleh kipas dengan
jaya.
6. Last sekali jika masih tak sejuk guna manifold gauge
untuk check samada gas kurang dan perlu ditambah.
Kesimpulan: Tips ni untuk simple troubleshoot
bagi basic normal aircond sahaja. Buatlah servis
seeloknya 6 bulan sekali bagi penggunaan kerap
dan 1 tahun sekali bagi penggunaan yang minima.
Tak pun agak-agak kalau dah lama sangat tak servis
dan aircond macam dah kurang sejuk bolehla
panggil tukang aircond servis.

Ahad, 8 Mei 2011
Let's Pray for Japan
Sesuatu yang berlaku itu adalah ketentuanNya dan dariNya kita datang
kepadaNya kita kan pergi..
Takziah kepada rakyat Jepun yang telah
kehilangan ahli keluarga dan saudara-mara dalam kejadian
Tsunami yang lalu.
Semoga bertambah iman kita semua dalam mengharungi
titian perjalanan hidup ini.
Nasihat Luqman kepada anaknya:
----------------------------------------
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang,
dan suruhlah berbuat kebaikan,
serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar,
dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu.
Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara
yang dikehendaki diambil berat melakukannya. (Luqman 31:17)

Ahad, 1 Mei 2011
Buah-buahan sekitar rumah
Buah-buahan: Segmen EnSekslopedia kali ini akan membawa kita
mengenal buah-buahan tempatan yang selalunya ditanam
disekitar rumah dan cara memakannya dengan cara
yang best..
Lada Hitam: Kasi jemur sampai kering..tumbuk-tumbuk
dan boleh jadi ramuan utama ayam black pepper..
Limau Kasturi: Belah dua, pastu cecah dengan asam kecut merah (asam boi)..
baru citer pun dah kecur ni..
Durian: Paling sedap durian yang 2-3jam baru jatuh..
kalau dah lebih satu hari isinya akan berair skit, masam.
Manggis: Paling best makan atas pokok..lepas balik sekolah
port atas dahan-dahan melantak manggis..haha
Rambutan Budak Sekolah: Nampak je dah merah-merah sikit
bolehla tu kait..memang style dia masak macamtu..
Rambutan Gading: Terbaik sebab isi tebal dan longkah. 'Repil' terus
makan..
Rambutan Gula Batu: Isinya manis dan pejal..sesuai namanya 'Gula batu'
Spesis hampir pupus ini hanya terdapat di rumah aku..hehe
Terung Pipit: Masa zaman budak-budak dulu terung pipit ni jadi
'bullet' untuk senapang getah.Makan takla best sangat..
Bestnya duduk kampung begitulah, banyak benda boleh
petik je dari keliling rumah..nak makan buah kena
tunggu musim, kalau kat bandar kena tunggu beli
baru dapat makan..
mengenal buah-buahan tempatan yang selalunya ditanam
disekitar rumah dan cara memakannya dengan cara
yang best..
Kedondong: Paling best kasi 'blend' buat jus pastu tambah asam kecut..pergh..
dan boleh jadi ramuan utama ayam black pepper..
Limau Kasturi: Belah dua, pastu cecah dengan asam kecut merah (asam boi)..
baru citer pun dah kecur ni..
Pisang: Goreng pisang boleh, pengat pisang ok, lepat pisang pun
carre..makan gitu pun takde masalah..
kalau dah lebih satu hari isinya akan berair skit, masam.
Manggis: Paling best makan atas pokok..lepas balik sekolah
port atas dahan-dahan melantak manggis..haha
Rambutan Budak Sekolah: Nampak je dah merah-merah sikit
bolehla tu kait..memang style dia masak macamtu..
Rambutan Gading: Terbaik sebab isi tebal dan longkah. 'Repil' terus
makan..
Rambutan Gula Batu: Isinya manis dan pejal..sesuai namanya 'Gula batu'
Spesis hampir pupus ini hanya terdapat di rumah aku..hehe
Terung Pipit: Masa zaman budak-budak dulu terung pipit ni jadi
'bullet' untuk senapang getah.Makan takla best sangat..
Bestnya duduk kampung begitulah, banyak benda boleh
petik je dari keliling rumah..nak makan buah kena
tunggu musim, kalau kat bandar kena tunggu beli
baru dapat makan..
Langgan:
Catatan (Atom)