Selasa, 27 Disember 2011

Nasyid di Kelab Malam - Kenangan Nadamurni

Sebelum kemunculan Rabbani telah lahir
kumpulan nasyid Nadamurni yang membawa
mesej dakwah mengajak kepada cara hidup
islam yang sebenar.

Lokasi di sebuah kelab malam dan sebagai
artis jemputan Allahyarham Ustaz Asri bersama
Nadamurni mengalun irama nasyid.



Isnin, 26 Disember 2011

Jualan Buku Crescent Bandar Utama

'Biar kaya harta jangan miskin ilmu'
'eh macam tak kena je pepitih diatas kan..'

Jualan buku yang diadakan di Dewan Serbaguna Bandar Utama
ini menyajikan buku-buku berbagai genre daripada
tahap kanak-kanak sehinggalah dewasa. Paling penting
banyak buku-buku agama juga dijual dengan potongan
harga yang tertentu.


Yang nampak diskaunnya cuma 20%..abihtu dalam paper
cakap sampai 80% tu ntah tak nampak pun. Dah banyak-banyak
mungkin tak terperasan agaknya.

Apapun pulang pasti bukan dengan tangan kosong.
Sejam disana berikut adalah buku-buku yang menjadi pilihan.
1. Ayahku - RM10
2. Kekuatan & Dashatnya Tahajud & Subuh [RM15.90 selepas diskaun 20%]
3. Hidup dengan Sederhana [RM8.00]
4. Gonzales [RM 1.00]


Sekian.

Isnin, 12 Disember 2011

Tiada Kata Secantik Bahasa


Sentap: Kisahnya sahabat saya ni termakan hati dengan sikap sesetengah
teman yang menyindirnya dalam laman sosial. Berkias bagai
ayatnya pun tapi orang lain tahu sapa yang dimaksudkan si penyindir.

Nasihat: "Rileks je Bro..takyah nak makan hati sangat..asal ko tahu
benda yang ko buat tu betul apa der hal.." ..lebih kurang camtula
nasihat yang sedikit hipokrit untuk teman saya yang sangatla
berkecil hati itu..

Renungan: Nabi Muhammad kekasih Allah yang maksum dan mulia
pun dikata-kata bermacam bagai semasa dalam usaha untuk berdakwah
..inikan kita yang lemah lagi hina ini..so toksah nak balas-berbalas ngata,
bentang sejadah solat, doa mohon diberi ketenangan.


Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) merasa dukacita
disebabkan kata-kata mereka yang ingkar itu; kerana sesungguhnya
segala kekuasaan tertentu bagi Allah; Dia lah Yang Maha Mendengar,
lagi Yang Maha Mengetahui. (Yunus 10:65)

Sebelum nak menyampok, update wall silalah renungkan ayat ini:

(Pada) masa datangnya (hari kiamat itu), tiadalah seorangpun dapat berkata-kata
(untuk membela dirinya atau memohon pertolongan) melainkan dengan izin Allah.
Maka di antara mereka ada yang celaka, dan ada pula yang berbahagia.
(Hud 11:105)


InsyaAllah..

Nota Siku: Wording di atas boleh didapati di Nagoya, Jln TAR.



Rabu, 7 Disember 2011

Sejarah Pencakar Langit


Zaman kini:  Dunia sekarang berlumba-lumba nak bina
pencakar langit. Sapa paling tinggi dialah paling hebat.
Kira bangga le..

Zaman dulu: Sebenarnya zaman-zaman dulu manusia dah sibuk
juga nak buat bangunan tinggi dan siap takbur lagi..sapa ek..
Oh..En Firaun le sapa lagi..sibuk sangat dia nak tengok tuhan
Nabi Musa.

Dan Firaun pula berkata:
"Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan
yang lain daripadaku; oleh itu, wahai Haman, bakarkanlah untukku batu-bata,
serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa
(yang dikatakannya itu); dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa
dari orang-orang yang berdusta". (Al-Qasas 28:38)

Kesudahannya Firaun kena humban dalam laut..
Begitulah Allah menjelaskan kesudahan bagi orang yang
berlaku zalim..



Selasa, 22 November 2011

One Night Stand in Putrajaya

Kalau ditranslate ke dalam bahasa melayu
bermaksud "Berdiri satu malam di Putrajaya"..

Kisahnya pada satu malam minggu satu misi
membangau secara terkejut telah berlaku.
Modus operandi dari jam 1hingga 8 pagi
ingin menduga kolam pancing berbayar di
Putrajaya.

Sesampai disana kuat kedengaran sesi meyumbangkan lagu di kedai makan
berhampiran..sambil menunggu kail disentap sibukla menjadi juri ditepi 
kolam..
' Setakat lagu Cinta Kristal bolehla ko kerek..'
' Uit nyanyi lagu Melankolia..mampusla ko tang last nanti ~ betul sangkut..'
'Apahal la nyanyi lagu Pak Ngah balik pagi-pagi ni wei..'
....dan begitulah..

Umpan yang dipakai untuk sesi kali ini dedak lebih-lebih  ntah
zaman bila..nama pun trip terkejut

Tambahan ialah roti yang didadu dan dicampur perisa pisang..
sepatutnya perisa strawberry tapi dah abis masa nak beli..
tahyul betula..manala punya silibus nih..haha

Kolam lebih kurang besar padang bola sekolah jer..punyala kitorang cakap
besar..ala setakat ikan besar tarik tak habisla tali kalau kolam besar ni.
sambil bergelak ketawa..

Time aku syok-syok baring kat astaka tiba-tiba partner
datang dengan pancing takde tali..dikhabarkan  seekor
ikan sudah tarik dia punya pancing sampai tali abis..
apalagi kena gelak kaw-kaw sebab teringat cakap besar
masa baru tiba tadi..haha

Itulah sekali pancing ditarik..lepas tu senyap sampai pagi..
Kapal terbang pun rajin pulak lalu lalang sambil buat bising..
Basic..kalo bising camnerla ikan nak tarik pancing..agak aku.


Tak puas hati..pegi pulak lombong Puchong..hasilnya pun sama
jadi bangau..sangap weh..tak sampai setengah jam angkat pancing
sebab dah sangap-sangap...

Sekian..

Ahad, 13 November 2011

LAPPY OR DEPPY - Back to the future

Kisahnya nak beli Laptop atau Desktop, perkara utama
yang perlu difikir dan direnung ialah faktor tahap terdesak mana
sangat-sangat nak pakai benda alah ni..

Faktor keperluan (pastikan ianya bukan kehendak..haha) :-
1. Kerja - keje berlambak, PC opis lembab, tak nak stay opis
2. Games - kena belasah dalam PES (kurang latihan)
3. Movie - movie dah HD..mesin lembab gambar sangkut
4. Photo Editing - sebagai Natgeo photog kenala ada 'darkroom' yg best..hehe

Keduanya kena pujuk diri sendiri kenapa nak keluar duit
beli lagi lappy or deppy sedangkan PC opis ada, netbook ada..

1. Kerja - improvement plan perlu komputer yang cergas bukan  macam PC opis yang lembab.
2. Games - nak beli PS3 atau Xbox pun dah seribu lebih..
3. Movie - dah save banyak tak tengok wayang & Astro..download saja HD movie
4. Photo Editing - sape nak minta tolong edit meh sini belanja duit minum sudah..haha

Next, online survey pun bermula..tengok spec dan harga dari Lowyat hinggalah
ke digital mall, dan akhirnya pemenangnya ialah Digital Mall..

Akhirnya aku memilih Deppy..I5 3.0 6Mb Processor, 8GB DDR3 RAM..below
bajet dari Lappy.




Pastu masuk Window7 64bit ngan Office 2010 (64bit)..fuhh pueh hati kawe ek..


Kesimpulannya: Bonus quarter ni aku dah invest untuk Deppy ni..huhu
walaupun sedih tapi gembirala sebab dapat settlekan keje kat rumah,
main games dan tengok HD movie..hihi..

Sabtu, 29 Oktober 2011

Piala Malaysia 2011 : Milik N9 atau TG?

Kurang 24 jam lagi akan berlangsung perlawanan
akhir Piala Malaysia 2011.
Pasukan mana ye agaknya pilihan saya dan anda?

1. Tengok last game; N9 menang di Paroi dan
seri di Terengganu.

2. National Player lebih ramai kat N9 (Highlighted biru).

3. Pemain Senior berpengalaman main untuk Cup
lebih ramai kat N9. (Highligted Kuning)...include Shukor Adan.

4. Midfielder dan Striker Terengganu berbahaya tapi
dengan tonggak pertahanan berpengalaman N9 seperti
Shukor Adan, Aidil dan Zamani tentunya segala tekanan
itu dapat diserap.

5. Kombinasi serangan antara Fakri dan Hairudin
dengan 'cross-header' yang mantap menuntut percaturan
pertahanan Terengganu yang betul.

6. Midfielder N9 mampu merencana gol tapi awas
dengan masa tambahan kerana ianya milik Terengganu.




Kesimpulannya, Pasukan N9 dijangka
akan memenangi Piala Malaysia 2011.
InsyaAllah.

Disclaimer: Senarai pemain kedua-dua pasukan
bersumber dari http://en.wikipedia.org/.
Aku pun tak sure kalau ada perubahan atau
perpindahan. 



Rabu, 26 Oktober 2011

Trip memancing Langkawi 2011

Setelah berzaman tak melayan rod melepas
rindu bertemu  En Kerapu dan spesis yang
sama waktu dengannya, akhirnya satu trip
terkejut telah dirancang. Lokasinya Langkawi.
Starting point bermula di KL Sentral..bak
kata pepatah..tempat jatuh lagi dikenang,
ini kan pula tempat berdating...syahdu..



Penerbangan dari LCCT Sepang ke Langkawi mengambil masa
lebih kurang sejam penerbangan dengan pesawat Airbus 320.
Kalau naik MIG-29 atau Sukhoi rasanya 1/2 jam je.
Nak duduk tepi tingkap kenala beli seat rm6. Motif duduk tepi
sayap?


Pemandangan di Pantai Tg. Rhu di waktu pagi.
Lapang je fikiran..Maha Suci Allah yang menjadikan
alam ini.


Port memancing pertama bermula di Bakar Arang.
Melayan ikan Tanda adik beradik Jenahak.


Berdekatan port Bakar Arang adalah kawasan
paya bakau. Pelancong yang dibawa kesana
berpeluang melihat kawanan kera berenang
ke arah bot, berebut makanan yang diberi
pelancong. Kagum tengok kera-kera tu
berenang.


Lokasi berikut-berikutnya tak tahu namanya.
Air yang jernih kehijauan sangatlah mendamaikan.


Best jugak kalau dapat hiking sampai atas tu..


Menyusuri pulau-pulau yang indah..



Ada bajet buat filem Cast Away versi malaysia kat
pantai dibawah ni..terbaek wak..


Ala-ala batu terapung gitu..

Ini kawasan abg kerapu yang punya..

Tugasan Nat Geo: Ambil gambar keluar dari bot?..haha


Perjalanan pulang ke jeti....dapat sebijik kapal
layar camni pun jadila buat gi mancing..


Sekian laporan trip memancing untuk kali ini.
Walaupun namanya trip memancing tapi
tiada gambar ikan disiarkan..hehe..
Jagalah Flora & Fauna untuk generasi
akan datang. Wassalam..


Ahad, 9 Oktober 2011

Jualan Buku at MAEPS Serdang

BigBadWolf: Nak pergi jualan buku ni ibarat pergi
menjala. Banyak menjala potensi nak
dapat banyak ikan juga tinggi.
Nak banyak menjala kena ada masa
dan tenaga.

Rukun: Memang sangat luas kawasan
pameran sehingga tak dapat nak mencukupkan
tawaf  3 pusingan..se'round' je dah amek
2-3 jam..masa tak cukup!


Hasil: Inilah hasil menjala untuk kali ini..
1. Buku Chess:
    Masa dulu pernah gila main chess sebab budak rumah
    gila chess juga. Aku beginner so asyikle kalah. Masa keje
    malam aku berlatih dari internet then hasilnya asyikle
    dia kalah..puas hati...hehe

2. Lance Armstrong:
    Lagenda basikal tour. Bahasanya senang faham
    menceritakan bekas pesakit kanser yang berjuang
    untuk hidup dan berjaya dalam karier.

3. Kieron Smith. Boy:
    Kisah budak lelaki yang terpinggir dari keluarga
    sendiri tapi disayangi datuknya. Terpaksa berpindah
    mengikut keluarga ke pinggir bandar dan belajar
    untuk mensesuaikan diri dengan kehidupan baru.

4. The Beatles:
    Kisah kumpulan Beatles..tak sempat nak review
    main sambar je..
Hasil: Kos setiap buku RM8. 4 buku = RM32.
Kalau takde discount harga semua dalam 20 USD & Pound.
Bajet dalm rm100-150 untuk jualan buku ini
tapi disebab mengusung 4 buku ni bahu dah senget
sebelah jadi cukuplah setakat empat tu.. Alhamdulillah.

Khamis, 6 Oktober 2011

Gayat..

Gayat bila dirujuk dalam kamus tataubahasa bermaksud
rasa takut dan ngeri bila melihat ke bawah dari tempat yang
tinggi.

Syarat Am: Nak jadi photoman NatGeo salah satu syaratnya
tak boleh gayat dan mesti sukakan dengan gayat.
Adakah aku mampu melepasinya?

Ujian 1 [Tak takut gayat]:
Snap foto dari tempat tinggi dengan mata yang terbuka.
(Dilarang meniru aksi profesional..hehe)
Nota bahu: Fuuhh..lepas ujian pertama..seram weh..Ujian kedua
ni tentulah lagi Gilesss!..


Ujian 2 [Suka gayat]: Sukakan keGayatan dimana-mana.

Kenapa gambar baby ryan?..

Ryan bila didukung atau diagah atau ditimang
dia akan gayat dengan reaksi mulut yang terbuka..
Yes..aku suka Ryan gayat pastu bau mulut dia..
emmm..bile la nak dapat baby...hihi..

 Foto trik: Gambar 1st amek pakai hp..tangan sebelah je
julur..gayat dol..failed..haha



Ahad, 2 Oktober 2011

Belajar dari yang terrer..simple

Nak menyokong dan meminati pasukan bola
terlalu subjektif bagi setiap individu.
Ada yang menyokong sebab ikut-ikut,
player hensem, jersey cantik, selalu menang
dan banyak lagi sebab-sebabnya.

Barcelona: Pasukan yang terbaik bagi aku
sebab terhimpun didalamnya pemain-pemain
yang terbaik didunia. Dari pertahanan, tengah
dan penyerang boleh score gol. Bila kena
attack, striker pun boleh jadi pertahanan.

MenYu: Kalau korang ada kawan penyokong tegar
MenYu percayalah diorang sangat anti Barca.
Kelakar..cuma aku boleh tergelak dalam hati je..
Rooney pun dah boleh terima kenyataan..hehe..
Nota lutut: "Ramli" tetap terbaek!

Khamis, 29 September 2011

Halusinasi

Pernah merasa halusinasi?
Orang kampung cakap mamai..eleh wat tak ingat plak..
Time bercintan-cintun dulu tu bergayut sampai
tak ingat pastu cakap pun merapu-merewang
pastu the end tertidur sambil gagang atau handphone
dibahu dengan posisi kuak lentang berirama dan
si penelepon tadi bercakap seorang diri..haha..

Time praktikal dulu pernahlah jugak berhalusinasi..
Punch card 8:30 pagi kat opis, kuar gi site pastu abis keje
balik opis dulu..pastu balik rumah..mandi, maghrib,
makan, Isyak.. lepak-lepak..kul 11 malam masuk keje
(part-time) sampaila kul 7 pagi esoknya.
Sampai umah siap-siap pastu gi semula opis..
Halusinasi akan berlaku bermula 2 hingga 4 pagi..
Mata dah berat..fikiran sedar tak sedar...argghh...tahan..
pastu kitaran kehidupan itu pun berterusan sampaila
hari minggu dapatla rehat-rehat...

Masih terngiang kat telinga aku pesanan seorang
makcik yang dah berusia.."takpela dik keje apa-apa
pun takpe asalkan halal, paling penting sembahyang,
doa".. berkali-kali dia pesan..

eh..macam dah terlari tajuk plak..oh itu
dah dalam cerita lain..huhu..

Sebenornya nak share camner rupenyer bile
PC berhalusinasi... ni le gayenyer....





Khamis, 22 September 2011

Jejak Berpijak C70 di TTDI


C70 yang ku kenal..
Hidupnya sederhana tak pernah berlebih,
Kuat bekerja kurang bunyinya,
Tak pernah mengeluh kudratnya diperah,
Berusaha selagi terdaya,
Berlari sepantas termampu,
Gayanya tetap begitu walau dipuji,
Sedia berbakti walau dikeji,
Kerna dia sangat mengerti,
Jejaknya berpijak di atas bumi..

Khamis, 15 September 2011

Bahasa Melayu Pasemboq

Puas jugak aku merenung cuba nak memaham
apa yang pihak pasaraya ni nak sampaikan.
Maksud pun tak betul ejaan lagi le..macam pasemboq
jadinya..
Time sekolah ko tulis ayat macam tu
memang nak kena "Jitas" ngan Cikgu Halimah..haha

Khamis, 8 September 2011

Dia telah pergi - Hati Keluli

Muka ganas hati kama..kena penangan
Miljenko Matijevic punya 'tarik' boleh
histeria abang yang ditinggal kekasih.
Rock kapak tapi jiwang yang amat.
Bagi mereka-mereka yang konon
bercita-cita tinggi nak jadi penyanyi
boleh test karok lagu ni..agak tersangkut
pada 'harkat' yang keempat..pendam je
hasrat tu dalam tong sampah..haha

Isnin, 5 September 2011

Cabaran dalam Fotografi

3rd DSLR: Berbekal DSLR yang baru je
angkat masa kenduri kawen aritu jadi cuti raya
ni saje nak mengetest kuasa maksimumnya.
Setiap foto ada cabarannya so disini akan diterangkan
camne nak selesaikan semua problem tu..


Angin: Cabaran nak shoot Bunga Raya
ialah tiupan angin. Bunga Raya ni memang jenis
takkan diam walau disuruh kecuali le Bunga Citra
Lestari..hehe.So bila angin tak henti bertiup jadi
naikkan sikit speed shutter tu kepada 1/250 or 1/500.
Kamera yang tak boleh set shutter speed just ikut
bunga tu bergoyang pastu shoot..haha

Liar: Sukar nak shoot kucing kalau tak kena
caranya. Nak bagi kucing diam tabur je
dedak atas tanah jinakla sekejap kucing tu..keh..keh

Altitude: Nak shoot gambar bunga betik
memang susah disebabkan kedudukannya
selalunya di pucuk. Faktor ketinggian jadi
halangan. Jadi nak selesaikannya carilah
pokok betik yang rendah..huhu..

Sensitif: Tengok mata langau tu punyale besar.
So kalau datang dekat sikit dah tentunya cepat
je dia cabut lari. Untuk cabaran kali ini pilihlah
time langau tidur..dipercayai waktunya adalah
pada 2 jam pertama office hours..selepas time
tu dipercayai langau dah segar semula untuk
lunch..hehe

Isnin, 22 Ogos 2011

Cerita Geng Photographer

Kevin Carter: Forget the long lens, Bro
Stuff only looks good up close.
Begitulah kata-kata semangat Kevin Carter
kepada Greg Marinovic yang masa tu
fresh lagi dalam photographer. Walaupun
Kevin Carter senior tapi Greg dapat dulu
Pulitzer Prizes iaitu anugerah penghormatan
atas kecemerlangan journalist seluruh dunia
pada tahun 1991. Pada tahun 1994 giliran
Kevin Carter pulak dapat anugerah yang sama.

Halatuju: Di negara kita, photographer
paling hebat pun just ambik gambar orang
kawin je..pastu make-up, edit pakai adobe
pastu claim dialah yang terhebat..cheh..
Setakat itu jelah taraf photographer kita..

Impak: Foto diatas biasa pernah dilihat sebelum ini.
Krisis kebuluran di Sudan, anak perempuan
kecil yang sedang menunggu saat kematian
diintai oleh burung pembangkai..cukup
menginsafkan bagi kita yang makannya tak
hengat untuk dibazir-bazir akhirnya dalam
lubang jamban...inilah foto pemenang
Hadiah Pulitzer 1994-Kevin Carter yang
memberi impak kepada seluruh dunia.
Foto ini juga memberi tekanan kepada
Kevin hingga beliau mengambil keputusan
menghabiskan sendiri nyawanya pada
umur 33 tahun.

Bang Bang Club: Saksikan DVD
"The Bang Bang Club" untuk
mengetahui kisah sekumpulan
photographer yang digelar Bang Bang
ini berdasarkan kisah benar yang
terjadi semasa krisis di Afrika pada
awal 90'an. Macam biasa cerita
orang putih ada sikit selit-selit adegan
beromen..bagi yang ada 'alahan' elokla
jangan tengok..haha