Menjengah khabar Wonderpet sekeluarga nampaknya elok-elok
sahaja. 3 sekeluarga ni dah diikat kecuali yang paling kecik dah
merayap ikut kawanan yang lain. Si ibu dah 'slim' semula,
almaklumla tahun depan bolehla dapat lagi baby..hehe..
Sambil melepak tu berbual juga hal semasa kat kampung,
Manala tahu ada peluang-peluang yang baik. Emm lihat banyak
tanah-tanah terbiar dan di langit beterbangan burung-burung Walit..
Semua tu peluang dan rezeki di depan mata..
Aku petik kata-kata kawan aku ni yang boleh dijadikan panduan:
"Kita ni kalau takde tanah macam pelarian di negara sendiri".
Motivasi jugak tu untuk aku..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan