Isnin, 25 Januari 2010

Pasukan khas siasat blog hina Almarhum Sultan Iskandar


Pertamanya agak terkejut juga bila keluar berita ada blogger
yang menghina kerabat Diraja Johor. Lebih-lebih lagi dalam tempoh
berkabung diatas kemangkatan Sultan bagi negeri dan jajahan takluk Johor.
Dari komen-komen dalam blog itu nyata mendapat bantahan dan kutukan k
eras dari pelayar blog itu terhadap penulis.
Polis pun dah menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kes itu.

Sepatutnya penulis mengambil kira juga perasaan anak Johor sebelum
memapar rasa ketidak puas hatinya itu.
Bait-bait lagu bangsa Johor ini dinyanyikan sepanjang zaman persekolahan
di Negeri Johor bagi anak-anak sekolah.
Apabila dewasa walau dimana saja bait-bait itu tetap utuh didalam hati..

Lagu Bangsa Johor
------------------------
Allah Selamatkan Sultan,
Nugerahkan dia segala kehormatan,
Sihat dan Ria kekal dan makmur,
Luaskan kuasa naungkan kami,
Rakyat dipimpini berzaman lagi,
Dengan merdeka bersatu hati,
Allah berkati Johor,
Allah selamatkan sultan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan