Ahad, 19 Disember 2010

Ulik Mayang Di Ulik..

Kerja-kerja pembersihan paya untuk tapak rumah
generasi kedua FelTen depan rumah aku sedang rancak
berjalan. Nak buat rumah mahu 3-4 layer tanah kena tambak
tanah rasanya baru kukuh. Tanah macamni tanam pisang
atau nenas elokla kot, tak pun buat sawah bendang je baru ok..
Itu bukan hal aku..pandaila owner tanah nak menggayakan macamana.
Nak pacak kondominium 15 tingkat pun aku tak kesah..haha

Kesahnya ternampakla mayang kelapa dari pokok kelapa yang dicabut tu..
Kira benda ni ada sentimental value gitu..last tengok pun masa zaman dulu-dulu je..
Nilah rupanya mayang kelapa..

Custom Album sendiri bikin

Bagi yang nak jimatkan kos album kawen atau tunang dicadangkan produce je
sendiri..motif kalau bayar mahal-mahal tapi album tak cantek pastu sendiri sakit hati
menengoknye..edit sendiri atau minta tolong kawan-kawan editkan, kalau tak cantik
ke'frust'an agakla minima..hehe..
Cadangan:
1. Kalau ada DSLR sendiri minta tolong sesapa amikkan gambar kawen korang tu
upahla rm50..kalu xde minta tolong kawan rapat amikkan..hulurlah rm100. kalau adik beradik
boleh dapat free..
2. Masa edit crop/resize foto ikut saiz yang dikehendaki. Contoh kalau custom album 8x12 guna
saiz 8x12 atau 8x24 untuk 1page atau 2page.
3. Dah siap edit boleh anta kedai untuk print..sekeping rm3-5 Untuk custom album
22 page kosnya dalam lingkungan rm100. Kalau ada printer sendiri lagi elok modal kertas glossy je.
4. Pastu lekat je gambar semua tu kat album pakai double tape. Harga Album Custom bawah rm50 boleh dapat.
Kesimpulannya:
Kos diatas rm250 tapi kalau kos album je baru rm150..kalau print pakai printer sendiri berapa lagi banyak boleh jimat beb..pakej biasa pun mahu tidak rm800..grand skit rm2000...

Sabtu, 27 November 2010

Mengail Udang Harimau di Kota Damansara

October-2010
Nak dijadikan cerita bulan lepas, saje nak merasa memancing udang harimau kat shop lot area Kota Damansara. Kebetulan aritu ada promosi pancing 3 Jam dapat free 5 jam
for the next month. Start mancing pukul 11 malam hingga 1 pagi.
Masa nak balik tokey kedai promote suruh tambah 1 jam lagi untuk
dapatkan pass 5 jam untuk bulan depan.
Ngantuk giler dah masa tu..pikir pun tak abih..okeyla proceed je sejam lagi..

November-2010
Dah hujung-hujung november ni Pass 5 jam tak berusik lagi..malas plak rasanya nak memancing balik keje dah penat.tapi kalau tak pegi rugi, so bermulalah hari perhitungan..
Sebagai intro..inilah rupanya udang harimau dalam akuarium..





Umpannya Umpun-umpun yang dijual dari harga rm8-rm18 seekor!..

Hasil perhitungan malam pertama..esoknya kat opis kena kutuk ngan Cik Kiah pancing 1 sejam dapat 3 ekor je..helo ingat senang ke nak dapat 3ekor ni..lagipun baru malam pertama..hehe
 

Malam kedua..tengok betul2..bandingkan saiz duit 50sen dengan udang..
puas hati..haha
Malam ketiga?...tunggu sequel dalam siri pembalasan si Tora-Tora..hehe

Khamis, 18 November 2010

Asas Mendawai (Basic Wiring)

1. Mula-mula draw skematic diagram.
2. Ukur/anggar (estimate) panjang wayar diperlukan, jumlah lampu, lamp holder dan suis yang sesuai.
3.Pegi kedai elektrik wiring untuk dapatkan harga yang lebih murah.
3. Ready screwdriver, test pen, Wire Stripper
4. Mulalah mendawai start dari last point.
5. Pastu fitting bagi sedap mata memandang.
6. Pasang mentol/bulb dan On Suis. Nyala suksess..Kalau tak nyala..ikuti sambungan asas mewairing di episod akan datang..hihi

Isnin, 15 November 2010

Gelang Oh Gelang!

http://aididmuaddib.blogspot.com/

Hit blog Aidid naik 200ribu dalam tempoh 2 minggu berikutan isu gelang yang ditimbulkan.
Bukan sekadar gelang tapi si Aidid anti dengan MLM @ skim piramid.

Masa meng'google' isu gelang ni tersenaraila Hukum Lelaki Memakai Gelang..
Haram beb jangan wat memain..

Masih lagi follow blog Aidid ni untuk mengetahui kesudahan kisah gelang ni..hehe




Selasa, 2 November 2010

An evening in Dataran Merdeka

Mengikut sejarahnya Dataran Merdeka yang berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad
ini mendapat namanya sempena pertama kalinya bendera Union jack diturunkan
dan dinaikkan bendera Malaya..



Ahad, 31 Oktober 2010

Piala Malaysia 2010

Suasana kemeriahan sekitar Stadium Bukit Jalil
menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia
antara Kelantan dan N.9.














Warna-Warni Kehidupan


"Perasaan juga boleh digambar dengan warna-warni"..begitu juga dengan
orang disekeliling kita..boleh 'dicolorkan' mereka dengan watak-watak
warna yang berbeza. Watak merah asyik naik angin je..watak biru 'cool'
buat 'donno' je. Watak 'hijau' alim ya amat..kekadang 'warna' orang itu
boleh berubah-ubah mengikut keadaan dan banyak juga yang tak boleh
nak berubah-ubah.
Eloknya ikutla keadaan. Janganla situasi tengah
'merah' kita gelak-gelak atau time orang gelak-gelak kita tak pasal-pasal
nak 'merah'. Korang sendiri boleh 'kelas'kan diri sendiri sebagai warna apa
dan boleh kategorikan orang-orang disekeliling sebagai warna apa dan
paling penting situasi apa perlu anda tukar 'warna'.
Ubatlah sendiri hati bila melihat pelbagai kerenah manusia..itulah
Warna-warni kehidupan..

Ahad, 17 Oktober 2010

Cuci mata..

Perang DSLR melanda disana-sini..adakah ianya satu
kenikmatan memotret atau sekadar kebanggaan?.
Entahla..aku sendiri terkeliru.
Lihat saja dimana-mana. DSLR diusung merata-rata,
lebih lagi bila ada majlis-majlis rasmi mahupun non-formal.
Menjadi satu sindrom untuk memilikinya..ianya
menjadi kebanggaan..
Adegan cuci mata ini berlaku di pinggir kotaraya ..
Wah berbagai lensa dan DLSR 2nd hand dipamer
dengan harga mengikut gred A, B, B+ dan seterusnya.
EOS 1D Mark III dan D3 juga terpamer dengan barisan
lens-lens dari saiz sejengkal hinggalah sedepa.
Bagi anda yang nak menang perang DSLR percuma dengan
kos yang agak rendah bolehla survey kedai-kedai macamni.
Beli satu body dan lensa kaler putih Canon..dipercayai musuh anda
angkat tangan surrender!..





Rabu, 13 Oktober 2010

ACE Insurance RM9/year


Bukan nak promote apapun..tapi masa nak renew roadtax kat MYEG
terpopapla iklan Insurans ni..Wah rm9 /year. Okeyla sebagai backup
orang kata daripada takde langsung..lagipun dengan RM9 tu sekotak
rokok pun lagi mahal..
Bayaran dibuat secara online dan selepas itu polisinya akan di-emailkan dalam
format PDF seperti dibawah:


Khamis, 7 Oktober 2010

Rahsia bantal dan personaliti

Dapat e-mail dari rakan tentang rahsia bantal dan personaliti.
Kajian siapa Wallahualam..
Apapun aku suka gula-gula bantal..plastik yang kat dalam balut
gula tu boleh dimakan..nostalgia betul..hehe

1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa
Seni. Mereka
Mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap
Lukisan, muzik Dan sastera.
Perasaan mereka halus Dan jiwa mereka romantik.
Kadangkala Ada yang
Boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui
Mimpi. Mereka
Juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.


2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam
Kehidupan seharian
Mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka
Jarang membuat
Keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan
Pandangan orang lain.


3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada Dan boleh
Menerima keadaan
Seadanya. Mereka juga membuat keputusan
Berdasarkan fikiran Dan
Bukan nafsu semata-Mata.


4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang
Bergaul dgn
Org ramai, malah kaku dalam pergaulan.. Ini
Menyebabkan mereka
Cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar
Menempuh jalan pintas
Untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.


5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat
Tinggi.
Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan
Membawa kepada
Sifat ego.


6) Tidak punya bantal
Kasihan betul... Pergi kedai belilah satu, bukanya Mahal pun..!!

Ahad, 3 Oktober 2010

Antara 2 DSLR..

Faktor penentu dalam memilih kamera DSLR (Digital Single Lens Reflex)
tentunya paling utama dari segi
1. Budget
2. Keperluan
3. Brand

Kalau baru nak menceburi bidang DSLR ini setelah diracun
member-member ..angkat je yang mana bagi
paling banyak dapat free gift..haha..
Ceh! rasa macam gelakkan
diri sendiri pulak..haha..

Senang cerita DSLR terbahagi kepada 3 kategori:
1. Entry Level
2. Advanced
3. Profesional

Selalunya kita boleh agak kategori diatas melalui harga dan
featuresnya. Nampak body cantik, lens panjang hah terus
jatuh cinta nak beli..

Bayangkanla anda diberi 2 pilihan kamera DSLR paling
mahal kat Malaya ni...tentu sukar nak buat pilihan.
Ditambah member anda baru angkat satu DSLR siap
tayang-tayang dalam facebook..dan anda juga hampir
juga nak teracun beli model yg sama..

Fuhh..sungguh sukar. Okeylah..Faktor pemilihan
adalah seperti dibawah:

1. Saiz Sensor
Full-Frame sensor adalah bersaiz 24mm x 36mm. Jadi kalau
DSLR pilihan anda saiznya kurang daripada itu maka terdapatlah apa
yang dipanggil 'Crop-Factor'.
Bagi Full-Frame sensor Crop Factornya
tentulah 1.0. Kurang dari itu ada 1.5 dan 2.0.
Jika anda guna lensa dengan Focal Length 14mm dan Crop Factor DSLR anda 2.0 maka lensa
anda itu adalah bukan lagi 14mm tapi 14mm x 2.0=28mm.
Focal-Lenght 'mm' yang ada pada lensa anda itu adalah pada kadar Full-Frame sensor.
So secara perbandingan Crop Factor 1.3 dan 1.6 mana yang paling baik?
Dah tentulah DSLR anda yang sensornya Full-Frame..huh berpuloh riban woo..

2. MegaPixels
"Besar Megapixels lagi bagus kamera?"..tak semestinya..
Term Megapixel just nak beritahu berapa banyak pixel yang
sensor boleh rekod..untuk mengekal kualiti gambar semasa
dicetak tentunya perlu pixel yang tinggi barula gambar nampak
smooth dan sharp..setakat nak upload dalam facebook tak guna
pun pixel besar-besar tu..haha

3. ISO
ISO ni kiranya kepekaan sensor kepada cahaya.
Dalam cuaca yang terang janganla pakai ISO tinggi
nanti gambarnya overexpose..bergantung kepada
cahaya sekeliling..jika cahaya kurang bolehla naikkan
sikit ISOnya sesedap rasa. Gambarnya nanti cerahla
sikit tapi ada 'noise'.
Untuk gambar potret guna ISO paling rendah (100) paling ok..sebab
tu perlu ada Flash dan lampu bantuan..takdela perlu
guna ISO tinggi.

4. Burst Mode.
Dalam kiraan Frame per second (fps) bermakna jika spec
kamera 3.5 fps maka dalam masa 2 saat 7 gambar boleh
diambil semasa shutter ditekan. kalau 10 fps?..

Okeylah..cukuplah 4 perkara asas seperti diatas untuk
menilai kebagusan dan kemahalan sesuatu DSLR itu..
Manusia tak pernah puas kan..dah guna Entry Level
nak guna advanced pulak..pastu nak cari yang Profesional
pulak..alang-alang menyeluk pekasam angkat je terus
profesional DSLR satu..takdela membazir sangat..hihi

P/s: EOS 1D Mark III...29K..ada bran?..haha

Sabtu, 2 Oktober 2010

Seruling Anak Gembala

Menjengah khabar Wonderpet sekeluarga nampaknya elok-elok
sahaja. 3 sekeluarga ni dah diikat kecuali yang paling kecik dah
merayap ikut kawanan yang lain. Si ibu dah 'slim' semula,
almaklumla tahun depan bolehla dapat lagi baby..hehe..

Sambil melepak tu berbual juga hal semasa kat kampung,
Manala tahu ada peluang-peluang yang baik. Emm lihat banyak
tanah-tanah terbiar dan di langit beterbangan burung-burung Walit..
Semua tu peluang dan rezeki di depan mata..

Aku petik kata-kata kawan aku ni yang boleh dijadikan panduan:
"Kita ni kalau takde tanah macam pelarian di negara sendiri".
Motivasi jugak tu untuk aku..



Selasa, 28 September 2010

Reunion 100









Selamat Hari Raya Aidilfitri buat warga reunion 100. Semoga dirahmati dan diberkatiNya.
Atas sebab blog limitation image diatas terpaksa dikerat 8 untuk dimuatkan dalam blog ini.
Untuk mendapatkan full version sila tinggalkan email kat comment.