Jumaat, 14 Ogos 2009

Perginya Ikon dan Pahlawan Nasyid


Ikon dan Pahlawan nasyid negara iaitu penyanyi kumpulan Rabbani,
Ustaz Asri Ibrahim telah meninggal dunia ketika raptai pelancaran
program Syahadah musim kelima, di Radio Televisyen Malaysia (RTM)
sebelum dihantar ke PMC untuk rawatan.

Menurut laporan akhbar, Jenazahnya dikebumikan di
Perkuburan Islam Kampung Bukit Lanchong,
Shah Alam selepas Maghrib, semalam.

Sebelum menubuhkan Rabbani, Allahyarham adalah
penyanyi utama kumpulan nasyid Nadamurni yang
pernah menyanyikan nasyid popular seperti, Selimut Putih,
Di pondok kecil, Ibu Mithali, Munajat, Musafir Kelana dan
banyak lagi.

Kehilangan beliau pasti dirasai bagi generasi
yang membesar bersama irama nasyidnya.

1 ulasan:

  1. Ustaz Asri - muka macam Abg Khu, lagu macam lagu boss nyanyi..

    BalasPadam