Isnin, 13 April 2009

Konvoi ke Padang Besar, Perlis.

Pada 11/4/09, Sabtu aku join convoy ke Padang Besar, Perlis anjuran
Kelab Satria Neo Northern Region. Sebanyak 18 buah Neo menyertai
convoy ini. Kesempatan ini aku guna untuk shoot foto sambil menguji
DSLR dan teknik fotografi.
Aktiviti: Jalan-jalan di Padang Besar, Mandi manda di kawasan
Gua Kelam, Lepak di Taman Melati, Makan malam di Kuala Perlis.
Perjalanan balik melalui Alor Setar dan berenti di dataran Alor Setar (1a.m)
dan Hentian Gurun (Aku dah lupa kul berapa sebab ngantuk.) Sampai
rumah 4.30 pagi dan terus je ZZZzzz...
Terima kasih kepada Syam yang ajak aku dan memandu dengan selamat.
(ko speed >180kmj tengah malam masa balik aduh kecut perut aku.)
Dibawah ni antara foto yang sempat dirakam.

1. Berenti di kawasan ladang tebu, Chuping untuk photo session.
2. Selamat datang ke Perlis Indera kayangan. (2 biji Hot Car dihadapan).
3. Pemandangan yang indah!
4. Hot Car sedang beraksi5. Saujana mata memandang..


1 ulasan: