Penjejakian album-album nasyid Nadamurni. Sempena Aidilfitri ni aku bermalam-malam menerokai alam cyber nih mencari album-album ni..Dengar semula suara Munif-Hijjaz dan Asri-Rabbani masa muda2 kat Nadamurni.
Album Aidul Mubarak ni memang tak mengecewakan sesiapa yang mendengar...evergreen.....ada juga lagu seperti HARI RAYA HANYA DI SYURGA dinayanyikan semula tapi tak samala cam dlm album ni...
Kompilasi terbaik dari album-album aidilfitri dimuat dalam album ni..mungkin album ni diterbitkan semula pada masa tak berapa lama dulu..so bolehla cari2 di kedai jual kitab atau kaset,CD agama. Wallahualam..
Jumaat, 26 September 2008
Rabu, 24 September 2008
Base Jump KOMTAR 2008
Bangunan KOMTAR (Komplek Tun Abdul Razak) Pulau Pinang. Bangunan setinggi 65 Tingkat di Georgetown ini menjadi salah satu venue setiap tahun acara ini. So tahun ni dengan berbekal lens 150mm dengan speed yang tak berapa laju 3.5 aku pun mencuba try test kemampuan DSLR aku nih...
Petua nak shoot photo ni set focus kepada C-F, continous focus / servo dan Metering centre point. Shutter set 1/400 @ 1/500. Cuaca terang set je ISO 100 - 200. dan pastikan siap-siap adjust lens ke 145-150mm.
Angle ambik dari tempat terjun...InsyaAllah foto tak blur..lagi bagus kalau ada lens 300mm...next year kot!
Penerjun semua ni memang Pro..laluan ikut sama je..so cari je angle yang sesuai ha dapatla view from bottom nih..
Brother ni sempoi je nak pi terjun..siap bagi pose giteww..byk lagi foto yang menarik tapi tak larat nak merge jadi single photo..Apapun shoot pada pelbagai keadaan menjadikan kita bersedia untuk task yang berbeza-beza. Kawalan Lens,Fokus,ISO,Shutter, Metering adakala tak membantu untuk dapatkan foto yang menarik. Lebih mudah shoot masa cuaca panas pakai Program atau Auto lagi membantu!
Jumaat, 19 September 2008
EX5 - 2001
Ini kisah EX5-2001..banyak kisah ttg produk keluaran Japan ni. Memang diakui Made in mana membezakan jenis sesuatu produk itu. Japan, Korea, China, Thailand..First class tentula Made in Japan.
Pengalaman aku paling banyak dgn Ex5 ni masa balaja kat KL dulu. Balik kg pertama aku kena tinggal ngan kawan2 kat highway sebab barang masih standard lagi..balik kg kali kedua preparation just tukar spoket 17-34. Ha korang pulak kena tinggal..haha..dari Sg Besi keluar Tol Tangkak ambil masa 3jam. Apa taknya setiap kali balik throotle perah maximum out meter, berenti pun isi minyak kat ayer keroh. Seronoknya bila balik ramai-ramai. Accident pun sekali je masa kat Segamat lompat divider kena 5 jarum (koyak dagu) tapi Ex5 ni tak apa-apa2 pergh.
Sentimental Value...taklehla nak cite hahaha...(suci woiii)...petua nak jaga motor ke kereta ke bagi nampak ayu biar je standard jgn modified apa2 pastu pakai minyak enjin mahal skit..mesti nampak baru je..kalu dah 'usik' tak suci la beb...haha..brand Honda memag wa salute!!!

PW3 - Pendawai 3-Fasa
Lulus dgn jayanya..abis check semua ok, so team IKM nak clear board projek yang aku buat.. Kisahnya dah
nak tanggal projek baru teringat ada bawa kamera...so hanya dapat shoot scene ni je..huhu
Masa 6 jam, board kosong, conduit belum potong, trunking belum kerat, wayar masih bergulung..pergh..
dengan separuh mati aku mengerjakan benda-benda tu semua ikut kehendak soalan Suruhanjaya Tenaga.
Balik exam terus gi klinik sebab tapak tangan pecah masa potong trunking..hasil pengalaman selama
belajar bekerja dapatla sekeping sijil yang memperakui sbg Pendawai 3 Fasa (415V). Kesimpulannya tak rugi kalau buat kerja lebih kerana akan datang ia akan jadi berguna...
Langgan:
Catatan (Atom)