Isnin, 21 April 2008

Georgetown Panoramic View

OXFORD Dictionary
panorama n. 3 picture or photograph containing a wide view 4. continuous passing scene / panoramic adj. [Greek horama view]

Gambar ni aku óter'untuk masuk blog sbb gambar asal guna pixel lebih besar. Asalnya HQ minta untuk gambar view office dari dalam atau luar. so aku shoot dengan lens Zuiko 14mm-45 ((f3.5-5.6) bersama tripod maka terhasillah gambar ini. Tricknya boleh juga dapat imej ni dengan sekali shoot tapi pixelnya rendah. so aku shoot 3 gambar dari angle berbeza dan merge jadi satu gambar. Pastu adjust dia punya color bagi naik turun mana yang patut.

Korang boleh click gambar ini untuk saiz lebih besar. TQ

Allah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu berehat padanya dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia seluruhnya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur. - Ghaafir-61

Rabu, 16 April 2008

Setahun sudah berlalu...Penang Hill

Setahun sudah berlalu..masa ni join Fun Walk Up Penang Hill.. hiking Bukit Bendera. Bermula pukul 8pagi di garis bermula dan dirasmi YDP Pulau Pinang.

Bertemakan alam sekitar..so sepanjang hiking tu bolehla melihat keindahan alam sekitar dan
sambil tu menginsafkan diri untuk menjaga alam sekitar..agaknya itulah objektif program ni..

dari kaki bukit nak sampai atas jaraknya lebih 5KM..tracknya walau jalan Tar tapi korner
dia suma baring2..cerun lebih 45 darjah pun ada..perghh..kuar peluh jantan betina..huhu

Banyak juga spesies pokok-pokok dapat dilihat sepanjang hiking. Masa ni pakai compact camera
jadi taklehla nak zoom jauh2..so disebabkan tu aku buat comeback masa pakai DSLR..tgula pada story yang akan datang..haha

Ha..korang tengokla betapa seksa awek tu panjat bukit bendera ni..gear 1 beb... Impak maksima pun tak berani nak Drift kat sini...
Masa naik punyala ramai..dah tengah2 jalan selisih 3-4 orang je..aku amik masa lebih kurang 1jam untuk sampai atas..ha member lain 1jam kena tinggal..jalan2 long distance ni kalau sekali berenti ha jawabnye beratla nak jalan balik..so maintain je jalan..

Lega bila sampai atas..barula tau rupa bukit bendera ni..macamana dapat nama bukit bendera ni akupun tak tau..view cantikla nampak bandar Penang..cuaca masa sampai tu tengahari panas terik tu..
Yang best kat Malaysia ni jalan mana2 mesti ada masjid..tgkla masjid ini telah dibina pada tahun 1966. Masatu cable car dah ada. (Second trip nnti aku citer pasal cable car plak).
Masjid yang tersergam indah..bertuahnya bumi Malaysia ni rakyatnya senang nak beribadat tanpa gangguan..masjid cantik2 selesa.
Atas bukit ni ada beberapa biji meriam..kedudukannya strategik menghala ke laut bagi pertahanan dari serangan melalui laut masa zaman dulu. Pandang pun dah berat..satu hal juga diorang nak pikul naik atas bukit ni.. masa nak turun naik cable car..rm2 je. Nak turun balik jalan kaki taubatle.. Seronok, puas hiking masa ni.. ikuti comeback penang hill yang seterusnya. Jumpa lagi!

Kisah kawanku..

Ini kisah kawan aku..Nazirul Azman nick Along..gmbar belakang tu masa tahun 1998 last
day kat Sekolah Teknik Segamat. (Segamat Technical Institution)..abis sekolah lama lost contact
aku kat KL dia kat JB buat Dip. M&E. Tahun 2006 meletup cerita pasal nikah dia tak sah dalam paper
dan TV. Lebih lanjut: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0410&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Zaman sekarang ni nak kawin banyak prosedur kena ikut. Kursus kahwin, ujian HIV, Ujian Tasalemia,
Ujian Jantina, Ujian SPM pun mak mentua nak tengok apa resultnya, tapi apapun yang paling penting
Syarat sah nikah dan rukunnya perlulah dipatuhi.

RUKUN NIKAH
1. Calon isteri. (perempuan)
2. Calon suami. (lelaki)
3. Wali.
4. Dua orang saksi.
5. Akad ijab dan qabul.


Renungkanlah Hadith Rasulullah ini:

Hadis Sahl bin Saad r.a: Pada satu ketika seorang perempuan datang berjumpa Rasulullah s.a.w seraya berkata: Wahai Rasulullah! Aku telah datang untuk menyerahkan diriku kepadamu. Lalu Rasulullah s.a.w memandang kepadanya sambil mendongak kepadanya dan memerhatikan dengan teliti kemudian baginda mengangguk-anggukkan kepalanya. Apabila perempuan itu mendapati Rasulullah s.a.w diam tanpa memberi keputusan, perempuan itu segera duduk, lalu bangunlah seorang sahabat dan berkata: Wahai Rasulullah! Sekiranya kamu tidak ingin mengahwininya kahwinkanlah aku dengannya. Rasulullah s.a.w segera bertanya: Adakah engkau memiliki sesuatu yang boleh dijadikan mas-kahwin. Sahabat menjawab: Tidak ada! Baginda bersabda: Pulanglah menemui keluargamu mencari sesuatu yang boleh dijadikan mas-kahwin. Lantas sahabat tersebut pulang, kemudian beliau kembali menemui Rasulullah s.a.w dan berkata: Demi Allah! Aku tidak menjumpai apa-apa pun yang boleh dijadikan mas-kahwin. Maka Rasulullah s.a.w berkata lagi: Carilah walaupun sebentuk cincin besi. Lalu sahabat tersebut pulang dan datang kembali serta berkata: Wahai Rasulullah! Demi Allah aku tidak menjumpai apa-apa walaupun sebentuk cincin besi, tetapi aku hanya memiliki kainku ini iaitu kain yang hanya boleh menutupi bahagian bawah badannya (Sahl berkata: Sahabat ini tidak mempunyai pakaian yang menutup bahagian atas badan) maka aku berikannya kepada perempuan tersebut. Rasulullah s.a.w berkata: Apa yang engkau boleh buat dengan kain engkau itu, sekiranya engkau memakai kain itu. Perempuan tersebut tidak dapat memakainya walaupun sedikit. Apabila dia memakai kain tersebut engkau tidak mempunyai apa-apa untuk dipakai. Sahabat itu duduk sehinggalah sekian lama kemudian bangun. Rasulullah s.a.w memandang kepadanya seterusnya dia beredar dari situ. Setelah itu Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya dia dipanggil. Apabila sahabat tersebut sampai, Rasulullah s.a.w bertanya: Apakah yang engkau miliki daripada Al-Quran? Sahabat tersebut menjawab: Aku hafaz surah itu dan surah ini. Sahabat berkenaan menghitungnya, Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Adakah engkau membacanya secara hafalan? Sahabat tersebut menjawab: Ya! Rasulullah berkata: Pergilah! Engkau telah memilikinya bermas-kahwinkan ayat atau surah Al-Quran yang engkau hafaz

Perkara yang ditekankan Rasulullah kepada sahabat ialah iman kepada Allah selepas itu baru syariat. Syariat hanya boleh ditegakkan dengan keimanan. Umpama tiada tapak bagaimana tiang nak didirikan..begitulah perkaitan antara iman dan syariat..iman kita macamana? Cukup 5 waktu?....MasyaAllah.



Awan yang Terpilu...

Dari Kuala Muda on the way ke Penang..tengoklah awan yang terpilu tu..masa sekolah
dulu kita blajar awan asal dari wap2 air terkumpul dan bila berat akan jatuh jadi hujan..
Yang bestnya wap2 air tu boleh plak terkumpul..pastu terawang2..bayangla bila berat
dia tak jatuh rintik2..jatuh serentak....tak terfikir dek akal kerana akal kita terbatas.
Allah S.W.T menerangkan dalam Al-Quran:

Tidakkah kamu melihat bahwa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bagian-bagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatan olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah (juga) menurunkan (butiran-butiran) es dari langit, (yaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran) es itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari siapa yang dikehendaki-Nya.Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan.(Quran 24:43)

Seniman Jalanan

Seni itu indah, Indahnya seni itu..
Aku ni orang seni..Seniman agaknya..
sebabtu kata-kataku berseni!

Lebih kurang ayat power jugak tu..hehe
Guna DSLR boleh shoot mcm2..pastu 'makeup'
skit jdla gmbar kat atas tu..zaman skrg tak cukup dgn
kamera canggih mesti tau sikit basic pasal editing..
bayangkan dulu2 pakai film camera..camnela nak
paste dlm blog kan..haha

Salam perkenalan Jalan-jalan Selalu @ Wehadjoy...

Salam perkenalan Jalan-Jalan Selalu..kenapa Jalan-jalan selalu? sebab macam-macam ada...haha
Sejarah fotografi aku bermula dari kamera film dan beralih kepada Digital. Era digital bermula tahun
2002 masa study kat KL. Memang membantu untuk buat Web, presentation, masa keje pun pakai untuk buat buku log...Digital Compact 4biji aku pakai sehinggalah aku telah 'diracun' kawan aku ELME masa raya tahun lepas dia bawa DSLR datang rumah aku..huhu..dalm minggu tu juga aku angkat satu DSLR..abis juga RM2K++ beli cash tu..haha minat punya pasal...betulla manusia tak pernah puas..dah lepas angkat DSLR ni pun dah berhajat nak angkat lagi canggih..ish sabar..sabar..haha..

Dari zaman sekolah menengah dulu pakai Film kamera untuk snap gambar dalam kelas, padang bola, kenduri,
asrama..mcm2..tapi kena budget gak kan maklumlah pakai filem....Nostalgianya bila berjauhan dari adik beradik bila tengok balik gambar lama2, alahai syahdunya...ni salah satu gambar zaman dulu masa adik2 aku kecik lagi..sapa yang snap gmbar ni aku pun tak tahu..sekarang sorang kat UPSI sorang amik STPM tahun ni..
dah besar2 pun mcmtula diorang rapat je..yang berubahnya pakai baju merah tu lagi tinggi dari baju biru tu.
baju diorang pakai pun sama depan tulisannya UJANG..masa tu zaman Ujang (kartunis Majalah Gila-Gila) tengah top..begitulah nilai sekeping gambar bagi aku..

So korang suma yang belum lagi angkat satu kamera silalah berbuat demikian ahaha..
Pastu bikin satu blog and share with your family, friends..and all people in the world..


salam & Thanks

shahrul