Ahad, 19 Februari 2012

Penakluk Konstantinopel (Istanbul)

Memori: Siapa dia Salehudin Al-Ayubi
dan siapa Muhammad Al-Fateh?
Tanyalah pada diri sendiri
confirmed tak boleh jawab.
Siapa Optimis Prime, Spiderman,
Batman, Superman?..pantas jawapannya
ada dalam kepala. Paling teruknya orang kita
sekarang bangga pulak pakai pakaian perang
Rome seperti promo dalam rancangan
lawak tempatan yang lalu..musim 2012
ada dajjal bertanduk pulak.

Muhammad Al-Fateh:  Sabda Nabi Muhammad,
"Konstantinopel akan ditakluk oleh pemimipin yang baik,
tentera yang baik dan rakyat yang baik."
Bagaimana Muhammad Al-Fateh yang menaiki
tahkta pada usia 19 tahun berusaha untuk
menjadi pemimpin yang telah disabdakan oleh Nabi?
Strategi peperangan dan kepahlawanannya yang
"one by one' dengan maharaja Rome sangat hebat.

Karamah: Kisah ketua paderi Rom yang mencabar
ulama islam tentang kesahihan hadis nabi dan akhirnya
mengucap syahadah setelah melihat sendiri mayat
dihidupkan..

Syahid: Sahabat nabi, Abu Ayub Al-Ansari yang
jasadnya masih utuh setelah beratus tahun dikubur
di Konstantinopel dijejak semula oleh Muhammad
Al-Fateh. Biasa kita dengar ulama sekarang
menggunakan ayat "dan jangan kamu campakkan
diri dalam kebinasaan.." merujuk kepada situasi yang
salah pada maksud asal ayat itu diturunkan.
Abu Ayub Al-Ansari lebih tahu tentang ayat itu kerana ditujukan
kepada kaum Ansar yang pada masa itu bersenang-senang
dan seronok sehingga melupakan jihad.

Modul: Alangkah indah jika generasi yang ada
sekarang dididik seperti Muhammad Al-Fateh.
Fasih bertutur 7 bahasa, berilmu dan bertaqwa.
Menakluk Konstantinopel pada usia yang muda
dan menghembus nafas terakhir pada usia 49 tahun
akibat diracun yahudi.

Semasa: Iktibar dari kisah Muhammad Al-Fateh
ialah rakyat yang baik akan lahir dari pemerintah
yang baik.

Isnin, 13 Februari 2012

Memancing Lebih mulia daripada Merokok

Tajuk: Sepatutnya tajuk post ini adalah seperti berikut:
1. "Celaka punya penyamun curik pancing aku"
2. "Pancing pun ko nak rembat memang shiial punya penyamun"
3. "Aku nak mancing guna apa waima dengan batu ladung pun penyamun kebas!"

Tapi bagi menjaga prinsip ke-5 rukun negara
iaitu "Kesopanan dan Kesusilaan" maka tajuk yang
sangat sesuai ialah seperti yang disedia guna.

Kenangan: Bila cakap pasal mancing aku takde
apa nak dibangga bila sebut pasal paling besar,
paling berat pernah dapat. Cuma yang best bila
mengenang masa dan saat ketika memancing.


Set pancing asas: Setakat nak buat ada je so aku pun singgah
kedai TCE  T.Intan. Sejam jugak la nak memilih set yang berpatutan.

Kekili (Mesin): RM 40
Rod : RM 30
Braided Line 60lb (benang): RM 13
Swivel: ~ RM 3
Mata Kail 3 saiz: RM 8
Batu Ladung: RM 5
Box : RM 13

Jumlah lebih kurang ~ RM 112.
Kalau hisap rokok sehari setengah kotak,
Jika sebulan 30hari x 0.5 x rm10 = RM 150.
Kalau sekotak sehari?..
Memancing pun bukan selalu, sekali perse'quater' untuk lepas gian.
Merokok hari-hari nak lepas gian. Kira begitulah kadarannya
kalau nak dikira-kirakan sangat soal penjimatan serta kemuliaan.

Ujian: Lokasi memancing untuk set baru, lombong. Semestinya tidak
perlu dibayarin untuk memancing disitu.



Anak Ikan: Hasilnya anak talapia bersaiz 3-4 jari dinaikkan menggunakan
umpan cacing. Kalau pakai umpan anak keli mungkin toman yang menyambar.
Alhamdulillah, misi berjaya dan anak ikan dilepaskan semula bagi menjamin
kesinambungan talapia dimasa hadapan.

Sekian..





Selasa, 7 Februari 2012

KHALID AL WALID - Memburu Syahid

Pedang Allah: Panglima Islam terunggul yang terlibat lebih dari 100
peperangan tanpa kalah! itulah Khalid Al Walid.
Medapat gelaran Pedang Allah daripada Nabi Muhammad dan
mengetuai peperangan besar seperti Perang Muktah,
perang dengan Parsi, melawan Rom di Yarmuk, merebut
Damsyik dari Rom, menakluk Mesir dan menawan Baitul Maqdis.

Perang Yarmuk: Selepas kekalahan Parsi, Raja Rom awal-awal
dah nak berdamai bila dengar tentera Islam dah sampai Baitul
Maqdis tapi atas desakan Panglima Tentera Rom maka dikerahkan
240,000 tentera Rom untuk melawan tentera Islam seramai
40,000 orang sahaja. Menjelang peperangan itu Khalid mendapat
perkhabaran dari Madinah yang dibawa oleh utusan khalifah iaitu 2 berita
sedih dan 1 berita gembira.
Berita sedih 1: Khalifah Abu Bakar r.a wafat, berita gembira 1:
Khalifah Umar r.a diangkat menjadi Khalifah Islam ke-2 dan berita
sedih 2: Khalid dilucut jawatan sebagai Panglima dan diganti Ubaidah.
Ubaidah menangis teresak-esak apabila diberitahu Khalid dan Ubaidah
meminta agar dirahsiakan perkara itu sehingga perang tamat dan
meminta agar Khalid mengetuai peperangan itu.
Khalid sangat tenang mendapat berita perlucutan jawatan itu kerana
beliau berperang kerana Allah untuk mati syahid bukan kerana
jawatan.

Hari-hari terakhir: Khalid mewakafkan senjata dan kuda iaitu
hartanya yang tinggal kepada tentera islam sebelum menghembus nafas
terakhir pada usia 58 tahun.

Siapa Khalid?:


"Hamba Allah itu adalah pedang daripada pedang-pedang
Allah" - Nabi Muhammad

"Tidak ada lagi wanita yang dapat melahirkan anak
seperti Khalid Al Walid" - Khalifah Abu Bakar

"Saya tidak marah kepada Khalid, kecuali dia seorang
yang amat keras terhadap musuh dan terlalu menyayangi
pasukannya sehingga tidak menunggu pesetujuan Khalifah
terlebih dahulu sebelum membahagikan harta rampasan perang"
"Khalid sudah menjadi raja dengan sendirinya, Tuhan merahmati
Abu Bakar kerana dia lebih tahu mengenai lelaki itu daripada saya"
- Khalifah Umar al-Khattab.

Catatan: Panglima perang yang genius serta sangat tinggi taqwanya
yang sangat mengharap syahid dalam setiap peperangan itulah dia
Khalid. Merintih sebab matinya diatas katil bukan di medan perang.
Kita sekarang sibuk berperang sesama islam dalam Pesbuk
kutuk sana, caci sini bukan sapa pun sedara dan kawan-kawan
juga. Merintih juga pun dalam Pesbuk, Itu tak cukup, ini tak cukup,
itu tak betul, ini tak betul, bangga sana riak sini...
ada tak sikit pun nak perjuang islam?
dah jauh sangat...novel ini sangatlah menginsafkan.