Selasa, 27 Disember 2011

Nasyid di Kelab Malam - Kenangan Nadamurni

Sebelum kemunculan Rabbani telah lahir
kumpulan nasyid Nadamurni yang membawa
mesej dakwah mengajak kepada cara hidup
islam yang sebenar.

Lokasi di sebuah kelab malam dan sebagai
artis jemputan Allahyarham Ustaz Asri bersama
Nadamurni mengalun irama nasyid.



Isnin, 26 Disember 2011

Jualan Buku Crescent Bandar Utama

'Biar kaya harta jangan miskin ilmu'
'eh macam tak kena je pepitih diatas kan..'

Jualan buku yang diadakan di Dewan Serbaguna Bandar Utama
ini menyajikan buku-buku berbagai genre daripada
tahap kanak-kanak sehinggalah dewasa. Paling penting
banyak buku-buku agama juga dijual dengan potongan
harga yang tertentu.


Yang nampak diskaunnya cuma 20%..abihtu dalam paper
cakap sampai 80% tu ntah tak nampak pun. Dah banyak-banyak
mungkin tak terperasan agaknya.

Apapun pulang pasti bukan dengan tangan kosong.
Sejam disana berikut adalah buku-buku yang menjadi pilihan.
1. Ayahku - RM10
2. Kekuatan & Dashatnya Tahajud & Subuh [RM15.90 selepas diskaun 20%]
3. Hidup dengan Sederhana [RM8.00]
4. Gonzales [RM 1.00]


Sekian.

Isnin, 12 Disember 2011

Tiada Kata Secantik Bahasa


Sentap: Kisahnya sahabat saya ni termakan hati dengan sikap sesetengah
teman yang menyindirnya dalam laman sosial. Berkias bagai
ayatnya pun tapi orang lain tahu sapa yang dimaksudkan si penyindir.

Nasihat: "Rileks je Bro..takyah nak makan hati sangat..asal ko tahu
benda yang ko buat tu betul apa der hal.." ..lebih kurang camtula
nasihat yang sedikit hipokrit untuk teman saya yang sangatla
berkecil hati itu..

Renungan: Nabi Muhammad kekasih Allah yang maksum dan mulia
pun dikata-kata bermacam bagai semasa dalam usaha untuk berdakwah
..inikan kita yang lemah lagi hina ini..so toksah nak balas-berbalas ngata,
bentang sejadah solat, doa mohon diberi ketenangan.


Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) merasa dukacita
disebabkan kata-kata mereka yang ingkar itu; kerana sesungguhnya
segala kekuasaan tertentu bagi Allah; Dia lah Yang Maha Mendengar,
lagi Yang Maha Mengetahui. (Yunus 10:65)

Sebelum nak menyampok, update wall silalah renungkan ayat ini:

(Pada) masa datangnya (hari kiamat itu), tiadalah seorangpun dapat berkata-kata
(untuk membela dirinya atau memohon pertolongan) melainkan dengan izin Allah.
Maka di antara mereka ada yang celaka, dan ada pula yang berbahagia.
(Hud 11:105)


InsyaAllah..

Nota Siku: Wording di atas boleh didapati di Nagoya, Jln TAR.



Rabu, 7 Disember 2011

Sejarah Pencakar Langit


Zaman kini:  Dunia sekarang berlumba-lumba nak bina
pencakar langit. Sapa paling tinggi dialah paling hebat.
Kira bangga le..

Zaman dulu: Sebenarnya zaman-zaman dulu manusia dah sibuk
juga nak buat bangunan tinggi dan siap takbur lagi..sapa ek..
Oh..En Firaun le sapa lagi..sibuk sangat dia nak tengok tuhan
Nabi Musa.

Dan Firaun pula berkata:
"Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan
yang lain daripadaku; oleh itu, wahai Haman, bakarkanlah untukku batu-bata,
serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa
(yang dikatakannya itu); dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa
dari orang-orang yang berdusta". (Al-Qasas 28:38)

Kesudahannya Firaun kena humban dalam laut..
Begitulah Allah menjelaskan kesudahan bagi orang yang
berlaku zalim..