Sabtu, 29 Oktober 2011

Piala Malaysia 2011 : Milik N9 atau TG?

Kurang 24 jam lagi akan berlangsung perlawanan
akhir Piala Malaysia 2011.
Pasukan mana ye agaknya pilihan saya dan anda?

1. Tengok last game; N9 menang di Paroi dan
seri di Terengganu.

2. National Player lebih ramai kat N9 (Highlighted biru).

3. Pemain Senior berpengalaman main untuk Cup
lebih ramai kat N9. (Highligted Kuning)...include Shukor Adan.

4. Midfielder dan Striker Terengganu berbahaya tapi
dengan tonggak pertahanan berpengalaman N9 seperti
Shukor Adan, Aidil dan Zamani tentunya segala tekanan
itu dapat diserap.

5. Kombinasi serangan antara Fakri dan Hairudin
dengan 'cross-header' yang mantap menuntut percaturan
pertahanan Terengganu yang betul.

6. Midfielder N9 mampu merencana gol tapi awas
dengan masa tambahan kerana ianya milik Terengganu.




Kesimpulannya, Pasukan N9 dijangka
akan memenangi Piala Malaysia 2011.
InsyaAllah.

Disclaimer: Senarai pemain kedua-dua pasukan
bersumber dari http://en.wikipedia.org/.
Aku pun tak sure kalau ada perubahan atau
perpindahan. 



Rabu, 26 Oktober 2011

Trip memancing Langkawi 2011

Setelah berzaman tak melayan rod melepas
rindu bertemu  En Kerapu dan spesis yang
sama waktu dengannya, akhirnya satu trip
terkejut telah dirancang. Lokasinya Langkawi.
Starting point bermula di KL Sentral..bak
kata pepatah..tempat jatuh lagi dikenang,
ini kan pula tempat berdating...syahdu..



Penerbangan dari LCCT Sepang ke Langkawi mengambil masa
lebih kurang sejam penerbangan dengan pesawat Airbus 320.
Kalau naik MIG-29 atau Sukhoi rasanya 1/2 jam je.
Nak duduk tepi tingkap kenala beli seat rm6. Motif duduk tepi
sayap?


Pemandangan di Pantai Tg. Rhu di waktu pagi.
Lapang je fikiran..Maha Suci Allah yang menjadikan
alam ini.


Port memancing pertama bermula di Bakar Arang.
Melayan ikan Tanda adik beradik Jenahak.


Berdekatan port Bakar Arang adalah kawasan
paya bakau. Pelancong yang dibawa kesana
berpeluang melihat kawanan kera berenang
ke arah bot, berebut makanan yang diberi
pelancong. Kagum tengok kera-kera tu
berenang.


Lokasi berikut-berikutnya tak tahu namanya.
Air yang jernih kehijauan sangatlah mendamaikan.


Best jugak kalau dapat hiking sampai atas tu..


Menyusuri pulau-pulau yang indah..



Ada bajet buat filem Cast Away versi malaysia kat
pantai dibawah ni..terbaek wak..


Ala-ala batu terapung gitu..

Ini kawasan abg kerapu yang punya..

Tugasan Nat Geo: Ambil gambar keluar dari bot?..haha


Perjalanan pulang ke jeti....dapat sebijik kapal
layar camni pun jadila buat gi mancing..


Sekian laporan trip memancing untuk kali ini.
Walaupun namanya trip memancing tapi
tiada gambar ikan disiarkan..hehe..
Jagalah Flora & Fauna untuk generasi
akan datang. Wassalam..


Ahad, 9 Oktober 2011

Jualan Buku at MAEPS Serdang

BigBadWolf: Nak pergi jualan buku ni ibarat pergi
menjala. Banyak menjala potensi nak
dapat banyak ikan juga tinggi.
Nak banyak menjala kena ada masa
dan tenaga.

Rukun: Memang sangat luas kawasan
pameran sehingga tak dapat nak mencukupkan
tawaf  3 pusingan..se'round' je dah amek
2-3 jam..masa tak cukup!


Hasil: Inilah hasil menjala untuk kali ini..
1. Buku Chess:
    Masa dulu pernah gila main chess sebab budak rumah
    gila chess juga. Aku beginner so asyikle kalah. Masa keje
    malam aku berlatih dari internet then hasilnya asyikle
    dia kalah..puas hati...hehe

2. Lance Armstrong:
    Lagenda basikal tour. Bahasanya senang faham
    menceritakan bekas pesakit kanser yang berjuang
    untuk hidup dan berjaya dalam karier.

3. Kieron Smith. Boy:
    Kisah budak lelaki yang terpinggir dari keluarga
    sendiri tapi disayangi datuknya. Terpaksa berpindah
    mengikut keluarga ke pinggir bandar dan belajar
    untuk mensesuaikan diri dengan kehidupan baru.

4. The Beatles:
    Kisah kumpulan Beatles..tak sempat nak review
    main sambar je..
Hasil: Kos setiap buku RM8. 4 buku = RM32.
Kalau takde discount harga semua dalam 20 USD & Pound.
Bajet dalm rm100-150 untuk jualan buku ini
tapi disebab mengusung 4 buku ni bahu dah senget
sebelah jadi cukuplah setakat empat tu.. Alhamdulillah.

Khamis, 6 Oktober 2011

Gayat..

Gayat bila dirujuk dalam kamus tataubahasa bermaksud
rasa takut dan ngeri bila melihat ke bawah dari tempat yang
tinggi.

Syarat Am: Nak jadi photoman NatGeo salah satu syaratnya
tak boleh gayat dan mesti sukakan dengan gayat.
Adakah aku mampu melepasinya?

Ujian 1 [Tak takut gayat]:
Snap foto dari tempat tinggi dengan mata yang terbuka.
(Dilarang meniru aksi profesional..hehe)
Nota bahu: Fuuhh..lepas ujian pertama..seram weh..Ujian kedua
ni tentulah lagi Gilesss!..


Ujian 2 [Suka gayat]: Sukakan keGayatan dimana-mana.

Kenapa gambar baby ryan?..

Ryan bila didukung atau diagah atau ditimang
dia akan gayat dengan reaksi mulut yang terbuka..
Yes..aku suka Ryan gayat pastu bau mulut dia..
emmm..bile la nak dapat baby...hihi..

 Foto trik: Gambar 1st amek pakai hp..tangan sebelah je
julur..gayat dol..failed..haha



Ahad, 2 Oktober 2011

Belajar dari yang terrer..simple

Nak menyokong dan meminati pasukan bola
terlalu subjektif bagi setiap individu.
Ada yang menyokong sebab ikut-ikut,
player hensem, jersey cantik, selalu menang
dan banyak lagi sebab-sebabnya.

Barcelona: Pasukan yang terbaik bagi aku
sebab terhimpun didalamnya pemain-pemain
yang terbaik didunia. Dari pertahanan, tengah
dan penyerang boleh score gol. Bila kena
attack, striker pun boleh jadi pertahanan.

MenYu: Kalau korang ada kawan penyokong tegar
MenYu percayalah diorang sangat anti Barca.
Kelakar..cuma aku boleh tergelak dalam hati je..
Rooney pun dah boleh terima kenyataan..hehe..
Nota lutut: "Ramli" tetap terbaek!