Jumaat, 25 September 2009

Munshi Boys..

Kebiasaan pada Hari Raya juga geng-geng sekolah akan berjumpa..
Masa ni kitorang akan bertanya khabar dan flashback semula
kisah-kisah masa zaman sekolah..tentunya gelak saje...
Alhamdulillah semua berjaya dengan haluan hidup masing-masing
walaupun masa sekolah dulu geng kitorang agak nakal...haha
Dari kiri: Elme;Udin;Jijim;Fendi;Arash;Edot;Maton

Tradisi Makan Nasi Ambang

Seperti kebiasaan setiap tahun family gathering kami
akan diadakan setiap hari raya ke-3. Tahun ni menu
adalah Nasi Ambang.
Nilah rupanya Nasi Ambang..

Untuk sedulang bolehla makan untuk 4pax..
Sekali-sekali dapat suasana makan sama-sama
camni seronok rasanya...

Comel tak?..hihi..memperkenalkan ahli kelurga baru; Shahrul Zaqwan.
Selamat Hari Raya untuk semua..
(Harapan semoga cawangan Langkawi
dapat beraya bersama pada tahun hadapan.. :-) )

Rabu, 2 September 2009

UP (Movie-2009)


Filem UP ini disyorkan untuk ditonton..memang best!!!
Menonton filem ini perasaan berbaur antara gembira
dan terharu..camne ek boleh jadi camtu?
Starting dah lawak..ketawa je dengan aksi budak
(Russell) dan Orang tua (Carl) ..
Terharunya bila motif yang ingin disampaikan
terkesan semasa babak tentang kesetiaan dan
cinta dipaparkan.
Tengoklah movie ni..mula sampai habis tak abis-abis
gelak & enjoy..dan yang paling penting korang
dapat belajar something tentang setia.