Selasa, 23 Jun 2009

Baling Gewang Pulau Betong

Satu komplot telah dilakukan dengan senyap-senyap
berobjektif mengetest balingan gewang di Pulau Betong.
Lokasi bersebelah BTN ini sesuai memandangkan
boleh dikatakan 'lost world' kerana kawasan ini
tiada isyarat telefon..hehe




Dari Georgetown melalui Batu Feringghi dan Balik Pulau
perjalanan akan menempuh lereng bukit dan dusun durian
di sepanjang jalan.



Ni le entrance ke BTN. Sebelum sampai ada susur kanan menuju ke
pantai. Siang ok le, kalau malam..gelap gelita.

Wokeh balingan untuk gewang yang pertama....
paling jauh pun 30kaki..
Untuk 'Casting' seeloknya kat sungai, kolam,
atau tengah laut. Tempat habitat ikan-ikan
predator..(18sg).


Dari tempat balingan ni nampakla kem BTN. Sesekali tu ada
bunyi siren daaa..ala-ala 'Fox River' plak..haha..

Last pegi area ni dengan Mr Zaini & Khalim.
Mancing tak hengat malam-malam siap buat unggun.
Spesies diperolehi, Tetuka, Gelama, Kerapu, Yu...
Sekian laporan lubuk untuk kali ini...


Ahad, 14 Jun 2009

Kereta Merah


sapa ingat lagi lagu ni..
Papa ku pulang dari kota
Papa ku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Boleh ku bawa ke sekolah
Pon Pon Pon Pon Pon Pon Pon Pon Pon
Kereta kecil ku berbunyi
Marilah adik mari naik
Boleh ku bawa jumpa nenek....
kira dalam kategori klasik juga lagu ni.
memang cun..hehe

Rabu, 10 Jun 2009

Senja nan merah..

Pemandangan waktu senja depan rumah..

Mega di kaki langit..
selit sekali gambar Hadirah yang dah pandai jalan..

Anak Lembu III

Balik kg baru-baru ni berkesempatan jumpa kawan dan
sambil menjenguk wonderpet. Setahun yang lalu
beginila rupanya Wonderpet..

Sekarang dah setahun umurnya beginila rupanya.
Umur yang sesuai untuk dijual lebih kurang 2 tahun.
Tunggula setahun lagi..
Ini dia adiknya yang baru lahir baru-baru ni.
Ikut law pawah anak kedua adalah milik
penjaga lembu.Anak ketiga barulah dapat
semula ke pemawah..dan seterusnya.

Ini pulak ibu diorg..masa dulu beli harga sebiji handphone 3G je..
Inilah kawan aku yang expert tentang hal-hal
jaga lembu. Scene ni tengah tindik hidung
lembu.Bukan macam tindik telinga orang
boleh duduk diam..silap-silap kena tendang!
Sekian adanya..

Selasa, 9 Jun 2009

Siapakah yang menurunkan air dari langit ?

Soalan anak-anak tadika je...
janganla segan nak jawab bila ditanya
especially anak-anak. Masa belajar Sains takde jawapan
seperti dibawah. Just kita diajar hujan terjadi
apabila wap-wap air terkumpul..then.bla..bla...
Sebagai ibubapa@ guru silalah perlengkap diri
dengan jawapan yang telah 'tersedia'.

Dan sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada mereka:
"Siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan
dengan air itu bumi sesudah matinya?"
Tentu mereka akan menjawab:
"Allah". Katakanlah: "Segala puji bagi Allah",
tetapi kebanyakan mereka tidak memahami (nya). Al 'Ankabuut-63

Tips: Selain mendapat oksigen daripada pernafasan, air yang diminum
juga membekal oksigen kepada tubuh badan. Oksigen penting
untuk pembakaran so makanan dan lemak2 dalam badan mudah
dihadam (pengoksidaan) sekiranya oksigen banyak dalam badan.
Jika kita berjoging pula banyak oksigen diperlukan untuk proses
pengoksidaan makanan untuk ditukar kepada tenaga.
Sekiranya mengantuk minumlah air kosong untuk membekal
oksigen kepada otak..thats why kalau tengok seminar
atau mesyuarat disediakan air mineral kat meja tuh..
dan kalau perasan masa sekolah-sekolah dulu tengok
rakan-rakan yang berbangsa cina diajar makbapak diorang bawa air
dalam botol besar ke sekolah.
Ada mata lihat, ada telinga dengar..ada otak?.....:-)