Isnin, 27 April 2009

Which is the best for money?

Which is the best for money whether buy a car or buy
30s cow at 60K price within 9-10years installment?
This is a very difficult decession to do when u know
both of that is very important.
It is about time. Just leave them to breeding and
breeding and after 2-3 years the number will
increase and you will buy the car and at the same
u still have the growth assets..InsyaAllah.

Meniti senja hari..

Setiap kali main bowling kat Penang Bowl biasanya
aku lepak-lepak dulu tengok orang memancing.
Setiap kali pergi mesti ada pakcik ni sedang khusyuk
menunggu pancing disentap ikan.
Dari raut wajahnya mungkin dalam lingkungan hujung
60an. Bersendirian memancing dalam usia sebegini
membuatkan aku terfikir adakah memancing ini
sekadar hobi atau sumber rezekinya.

Duduk ditembok sambil ombak menghempas batu-batuan dengan
angin yang bertiup nyaman menenangkan fikiran seketika daripada
kesibukan hidup. Kesabaran menunggu pancing disentap dalam
fikiranya mungkin terkenang kisah-kisah sewaktu dulu.

Setelah pancing disentap dan ikan dikeluarkan dari mata kail maka
umpan dipasang kemas dan tangsi dilontar semula ke laut dengan
harapan yang baru. Rezeki ada dimana-mana asal kita berusaha
tentulah ada hasilnya. Allah Maha Pemurah menyediakan lautan luas
untuk semua hambaNya mengaut segala yang ada didalamnya.


Berumpankan Umpun-umpun yang diambil dari selut di kawasan
berhampiran Gurney Drive yang dicarinya pada sebelah pagi
adalah kegemaran bagi ikan-ikan dipesisir pantai ini.

Bagi kaki pancing yang ada wang boleh mendapati umpun-umpun
ini dengan harga lebih dari rm5 seekor. Tapi baginya lebih senang
mencari umpun-umpun ini diselut pantai sewaktu air surut.

Inilah antara hasil pancingannya. Mungkin sedap digoreng atau
dimasak cara lain.
Dalam mengejar keduniaan kadangkala kita terlau cepat
mengalah atau berputus asa dengan ujian yang diberi
tanpa melihat ada insan lain yang menerima lebih besar
ujian kehidupannya. Hidup perlu diteruskan walaupun

usia di hujung senja...

Tiwul Ayu


Surprise! masa lunch kat Santapan-Jerejak Resort & Spa ada terhidang
kuih Tiwul Ayu..atau Puteri Ayu dalam bahasa melayunya.
When i saw this kueh teringatla kat makwe* yang selalu buat kuih ni masa
aku kecik-kecik dulu. Walaupun jauh dimata tapi dekat dihati..
*I think this is shortform from Mak Tua or nenek.

Isnin, 20 April 2009

Jerejak Experience


Trip kali ini adalah ke Pulau Jerejak, Pulau Pinang.
Pengalamansehari disana sangat menarik lebih-lebih
lagi kepada yangmeminati fotografi. Aktiviti bermula 8.30
pagi menaiki bot dari jeti di GoldCoast,
sampai disana bermula Jungle Tracking dan Flying Fox.
Selepas lunch dan rehat aktiviti Wall Climbing dan Archery.
Banyak lagi kemudahan disana untuk para pengunjung seperti
swimming pool, Futsal Pantai, Volleyball pantai, Layang-layang,
dan kemudahan yang boleh disewa seperti basikal, ATVdan Paint ball.
Pakej ditawarkan untuk seorang RM50 termasuk lunch.


Khamis, 16 April 2009

Analisa Saham - LionCor 2

Seperti yang dijangkakan..jatuh 3sen....

Analisa Saham - LionCor


Trend bulan april sehingga semalam harga saham LionCor dalam
trend menaik.
Petunjuk semalam menurut analisa aku akan berlaku penurunan harga
hari ini dimana kegiatan pengambilan untung akan berlaku.
Sebagai pemerhati pasaran, nampakla tanda-tanda
pemulihan ekonomi dimana pelabur-pelabur mula yakin untuk
memasuki pasaran.
bagi yang berminat menceburi option pelaburan ini
dinasihatkan banyak-banyak baca buku agar tidak
rugi.

Isnin, 13 April 2009

Konvoi ke Padang Besar, Perlis.

Pada 11/4/09, Sabtu aku join convoy ke Padang Besar, Perlis anjuran
Kelab Satria Neo Northern Region. Sebanyak 18 buah Neo menyertai
convoy ini. Kesempatan ini aku guna untuk shoot foto sambil menguji
DSLR dan teknik fotografi.
Aktiviti: Jalan-jalan di Padang Besar, Mandi manda di kawasan
Gua Kelam, Lepak di Taman Melati, Makan malam di Kuala Perlis.
Perjalanan balik melalui Alor Setar dan berenti di dataran Alor Setar (1a.m)
dan Hentian Gurun (Aku dah lupa kul berapa sebab ngantuk.) Sampai
rumah 4.30 pagi dan terus je ZZZzzz...
Terima kasih kepada Syam yang ajak aku dan memandu dengan selamat.
(ko speed >180kmj tengah malam masa balik aduh kecut perut aku.)
Dibawah ni antara foto yang sempat dirakam.

1. Berenti di kawasan ladang tebu, Chuping untuk photo session.
2. Selamat datang ke Perlis Indera kayangan. (2 biji Hot Car dihadapan).
3. Pemandangan yang indah!
4. Hot Car sedang beraksi5. Saujana mata memandang..