Selasa, 24 Februari 2009

'Slumdog Millionaire' (SM) - Preview

Note:Pengarah filem ni takde pun gelaran Prof. bagus je buat filem..huhu

Hebat sangatkah 'Slumdog Millionaire'?
Oleh ZIEMAN
APAKAH kehebatan 'Slumdog Millionaire' (SM) sehingga diangkat sebegitu rupa di majlis anugerah dan Oscar? Banyak persoalan akan terjawab seandainya kita mengambil masa menonton filem ini yang semakin banyak diperkatakan dan diistilahkan sebagai kontroversi di kampung halamannya sendiri.
Meskipun membolot lapan Oscar di majlis berprestij Anugerah Akademi ke-81 semalam, penduduk setinggan Mumbai di mana filem ini diinspirasikan masih tersinggung dengan perkataan 'dog' yang digunakan dalam tajuk filem ini.


Sebilangan mereka merasakan amat pedih gelaran 'Anjing setinggan jadi Jutawan' itu digunapakai sebagai tajuk filem. Mungkin pengarah Danny Boyle ingin menyedapkan tajuk cerita dan secara sinis menamakan golongan tidak bernasib baik itu sebagai 'anjing setinggan.'
Jujurnya, memang patut pun penduduk setinggan di Mumbai merajuk, sensitif dan mengheret filem ini, aktor Anil Kapoor, komposer terkenal A.R Rahman dan semua pekerja filem ini ke mahkamah kerana telah menyinggung perasaan kaum setinggan.

Sebilangan penduduk setinggan di Mumbai merasakan amat pedih gelaran 'Anjing setinggan jadi Jutawan' itu digunapakai sebagai tajuk filem.
Tapi realitinya, apa yang dipaparkan dalam filem ini adalah sebuah kebenaran dan realiti kehidupan masyarakat India yang sanggup menipu saudara sendiri, kawan dan siapa saja untuk hidup.
Filem ini mengisahkan kehidupan dua beradik yatim piatu, Salim dan Jamal Malik juga Lathika yang hidup susah sejak kanak-kanak lagi setelah kematian kedua ibubapa.
Kesusahan yang menghimpit mereka menjadikan mereka tabah, lebih agresif dan tidak berhati perut semakin meningkat dewasa.
Jamal memilih hidup sebagai gangster di bawah Javed. Jamal yang sanggup berbuat apa saja untuk hidup, berbeza pula dengan Salim yang lebih berpijak pada bumi nyata.

Tunggak kejayaan filem 'Slumdog Millionaire' yang terdiri daripada Irrfan Khan, Dev Patel, Frieda Pinto dan aktor terkenal Bollywood Anil Kapoor.
Jamal sanggup meniduri Lathika di hadapan Salim dan kemudiannya membuat rundingan pula menjual Lathika sebagai perempuan simpanan Javed walaupun dia tahu, adiknya Salim menaruh hati pada Lathika.
Walaupun terpisah, Salim masih teringatkan Lathika....
Perjalanan hidup Salim, Jamal dan Lathika menjadi lebih menarik apabila ianya digarap sebegitu rupa dan diselang seli dengan soalan program 'Who Wants To Be A Millionaire' yang dihoskan oleh Anil Kapoor di mana pesertanya adalah Salim.
Ketika duit terkumpul mencecah 10,000 ribu rupees, Anil telah menelefon pihak polis untuk menangkap Salim kerana fikirnya Salim telah menipu.

Di sinilah setiap episod sedih yang dilalui oleh Salim dan abangnya terbongkar. Setiap soalan yang ditanya di dalam program itu berkait dengan pengalaman hidup Salim. Sukar untuk dipercayai?
Bagi Salim, tidak perlu menjadi genius untuk menang program itu kerana apa yang terjadi sudah suratan hidupnya.
Garapan setiap adegan dibuat dengan begitu cantik sekali hingga tidak terputus jalan cerita.
Setiap babak terakam kemas dalam kotak minda hingga terbayang hingga kini seperti kisah Salim/Jamal menipu pelancong di Taj Mahal, dikejar fanatik Hindu setelah melihat ibunya dibakar hidup-hidup oleh kaum fanatik ini, kanak-kanak yang dibutakan dan dicungkil matanya agar boleh meminta sedekah sambil menyanyi.
Plot filem ini berkembang dengn cukup menarik apabila setiap isu sosial yang dihadapi oleh kaum setinggan dikupas satu demi satu.

Kanak-kanak dieksploitasikan untuk mencari habuan, polis yang zalim, cuai dan penuh korupsi juga kisah rakyat India yang mendewakan aktor mereka.
Salim, misalnya ketika masih kanak-kanak sanggup memboloskan diri ke lubang najis, apabila tandas tariknya dikunci dari luar, hanya untuk mendapatkan satu autograf Amitabh Bachchan. Adegan ini begitu jijik sekali tetapi kemungkinankah ianya berlaku?Tidak cukup untuk menguatkan kedewaan pelakon mereka. Datang pula Jamal mencuri autograf itu untuk dijual bagi mendapatkan sedikit 'laba'.
Begitu sekali pengamatan pengarah dan penulis skrip filem atau kaca mata orang Barat melihat kesengsaraan hidup masyarakat India.

Setiap unsur penipuan dipaparkan dengan realistik sekali. Begitu juga dengan dakyah halus yang cuba diselitkan seperti adegan Jamal bersembahyang kemudiannya melakukan rompakan - seolah-olah agama kita menghalalkan keganasan dan rompakan yang meragut nyawa manusia tidak berdosa.
Kemungkaran arak dan perempuan dipaparkan seolah-olah 'direstui' oleh agama Islam.
Menonton 'Slumdog Millionaire' akan membuat kita rasa sedih, sayu, insaf dan cemas. Ternyata apa yang cuba disampaikan telah dan akan terus menyentuh banyak hati penghuni setinggan di Mumbai.
Tidak mustahil ramai terguris, tambahan kalau jiwa halus yang sensitif.
Paparan 'the ugly Indians' jelas menyokong hujah ini tapi seperti kebanyakan perkara, hakiki satu kehidupan akan membuat ramai yang berasa hati dan tersentak.

Filem ini dikatakan kontroversi kerana ia menyatakan kebenaran dan seperti yang kita maklum 'the truth hurts'.
Kalau ingin melihat kebenaran dari kaca mata orang barat, jangan lepaskan peluang menonton filem hebat ini.
'Slumdog Millionaire' wajar diangkat menjadi yang terbaik kerana kisah biasa masyarakat setinggan Mumbai menjadi 'luar biasa' di tangan Danny Boyle dan krunya apabila diangkat ke layar perak. Itulah antara kehebatan filem ini.


Isnin, 23 Februari 2009

Kegelapan Malam

lagu nyanyian Munif Ahmad (Hijjaz), terkenang masa dulu-dulu...



Kegelapan Malam
Album : Cahaya Di Ufuk Timur
Munsyid : Nadamurni

Kegelapan malam takkan selamanya
Fajar Subuh datang bersama sinaran mentari
Begitulah kegelapan pada dunia Islam kini
Sinarannya pasti kembali
Kegelapan itu takkan berpanjangan
Sinaran Iman dan Islam terangi kehidupan,
Ia pastikan datang membawa tamadun
Yang menggembirakan yang kita nantikan
Dizaman itu, yang hak pasti terbela
Yang palsu akan musnah
Kebenaran pasti terjadi
Yakinlah kita pembela akan tiba
Tak siapa dapat mengahalangnya


Aquria 4

Aku install 2 pokok lagi..ala-ala hutan simpan jadinya aquarium ni.
Beli ikan emas 11 ekor lagi sumbat dalam aquarium ala-ala setinggan
pulak dah. Yang tak best ikan emas ni jenis main kat dasar pastu
kibas ekor sampai kotor naik menjadikan air sedikit keruh.
kira tahap meriah juga aquria ni. Jadilah kenangan bila aku
dah tak stay lagi kat Penang....hahaha


Petshop

Syoknya tengok ikan kat Petshop, Jln Burmah. Saiz Koi, Kelisa,
Patin, Kelah dll disini tahap XL. Kat petshop ni segala benda untuk aquarium
ada dijual. Bayangle ikan pun ada supplement food. Ikan pun berjenis-jenis
yang dijual (ikan Sardin je tak jual) ditambah pokok-pokok, batu, pasir
dan sebagainya siap untuk create complete aquarium.




Rabu, 18 Februari 2009

Video Games


Game tv pada dekad 80an-90an lebih cenderung merosakkan tv daripada merosakkan minda budak-budak pada zaman tu. Permainan yang terhad jadi kebanyakannya lebih kepada permainan tembak-tembak dan gaduh-gaduh. Tak macam permainan video direka sekarang yang lebih pada strategi ditambah grafik dan audio yang bertambah maju.Semua permainan video ini dicipta pada penghujungnya ada kesudahan menang atau kalah walau banyak muslihat dan kesusahan yang perlu dilalui level demi level. Dalam dunia realiti..boleh apply dalam pembelajaran matematik..susah memang susah..tapi kalau dicuba-cuba, diperah-perah dapat jugak jawapannya...

Isnin, 16 Februari 2009

A Beautiful Writing



Jumaat, 13 Februari 2009

Futsal BJ

Seperti minggu lalu malam ini Futsal seperti biasa. Ada
kelapangan ketika ini bermula jam 11pm-01am di
Kompleks BJ kitorang gatheringla main futsal 5 sebelah.
Kena 2 gol keluar. Dah 2 kali menang pun kena kuar.
Time depend la pada keteroran team menjaringkan gol.
kalu seminit boleh dapat 2 gol maka team lawan akan
diganti team lain. At least 15 player ok la layan 2 jam
boleh rehat-rehat cari angin. First time esoknya satu
hari tak boleh bangun sebab lama tinggalkan tiba-tiba
main. Dah 2-3 kali join kira okla.
Jumpa malam nanti..salam..




Aquria 3

Untuk makluman Kelah dan Koi di Aquria 2 telah kembali
ke Rahmatullah.

1. Okey! buka story baru. Cuti Thaipusam aritu dengan
semangat yang waja aku & Bob dengan bantuan akak
cleaner update semula aquria. Kali ni guna taktik lain
dengan Filter baru dan pokok yang ditanam dalam
tanah dan disaluti pasir yang aku angkut dari pantai
sekitar penang ni maka terhasillahAquria versi 3.0 ini.

2. Setelah berpuas hati tahap kejernihan air dan pokok
pokok yang subur menghijau maka rehat sejumlah ikan
telah dibawa masuk ke dalam aquria ini. wa sangat
meriah!

3. Tema yang aku utamakan ialah kitaran flora dan fauna
macam real dalam tasik. Rumput juga ditanam bagi lagi
nampak real. Dah sampai tahap versi 3.0 ini maka tahap
keseriusan kami ditahap maksima.


Foto 1: Pandangan sisi kiri Aquaria...beautiful maria!
2. Pandangan hadapan Aquria..pokok real semua tu...fantastic!

3. Pandangan sisi kanan. Air bubble keluar dari pasir..sangat ayu...!


Ahad, 8 Februari 2009

TM Resort

Sesi cuti-cuti Malaysia di TM Resort tidak dilepaskan dengan
memancing. Umpan udang adalah kegemaran spesis-spesis
tepi pantai disini. Hasilnya hanya ikan-ikan duri bersaiz M
sahaja. Seperti biasa Catch & Release. Tahniah kepada Taufiq-PBA
kerana dapat lesen ikan duri buat pertama kali pegang joran.

Moral of the story:
Memancing ikan itu lebih mulia daripada memancing awek!

1. Teknik Pancing Layan Diri : Kalau loceng berbunyi tak ikan yang sentap orang yang langgar.

2. Staff price - Boleh datang selalu..

3. Ikan Duri : Catch & Release

Periuk Kera

Mungkin kita tak sedar yang binatang pun pandai memasak..ini
salah satu buktinya : Periuk Kera.
Cara masakan macamana makhluk tu gunakan tak tahula dan
perlu ditanya pada orang yang beri nama ni.
Sekarang tumbuhan ni dah ditanam didalam pasu sebagai
tanaman hiasan. Time raya kat kampung aku periuk
kera ni diisi pulut dan dimasak seperti ketupat.
Harga 100 biji periuk kera yang belum dibersihkan
lebih kurang rm20. Tumbuhan menjalar ni banyak terdapat
kat belukar atau kebun getah.
Foto ni shoot masa kat Taman Rama-Rama Penang.

Jumaat, 6 Februari 2009

Playstation II




Selamat Pengantin Baru

Pihak majlis jalanjalanselalu mengucapkan Selamat Pengantin baru kepada
abg Mie dan isteri ( Suhaime & Nur Hanisah ) semoga mahligai cinta yang

terbina bahagia selamanya.

Khamis, 5 Februari 2009

Freshwater..Taka Melor

Turun Air Terjun Taka Melor cuti CNY aritu bawala joran batang sawit
test umpan roti kat sana. Kebetulan malam sebelum tu hujan dan air
sedikit keruh ditambah ada trip berkhemah kat satu..pastu yang tahan
adala pulak geng bawa jala. Kitorang pancing kat bawah diorang
menjala kat atasla pulak..takde sivik betul. Tak dapat nak teruskan
mancing sampai atas coz dah pack ngan orang mandi manda.
Trip ditangguhkan ke satu tarikh yang dimaklum oleh ahlul lubuk..


Empangan Juaseh

Papan tanda tu tak mention kat sapa-sapa eh...memang kawasan
ni ada buaya..(rujuk Hikayat Malim Demam). Masa form 3 kawasan
ni tempat port aku. Siap bawa buku Geografi tu baca tepi empang..
Kesempatan cuti aritu saja singgah..pergh sungai kat bawah tu
kalau betul kena umpannya bole naik XL punya ikan. Banyak
kisah aku ngan empangan ni..Mancing tengah malam, tengok air
turun dari bawah gelong..semua tu ngan geng-geng...

Mi Bandung

Mi Bandung rasa ori boleh jumpa di Bandar Labis. Ala di
kawasan Ahli Parlimen'terlampau' tu....Memang power
mi bandung ni. Masa kecik-kecik dulu adala rasa macamtu.
Bila dah merantau memang tak pernah jumpa Mi bandung rasa ori ni.
So sesapa singgah Labis bolela pekena semangkuk mi Bandung
di kedai anak Hj Atan, bukan kedai Mi Bandung Muar. Kira lepas makan
korang boleh benchmark tahap kesedapan Mi bandung di mana-mana..
Memang seeedap!