Selasa, 2 Disember 2008

Jalanjalan ke Tanjung Dawai

Jalanjalan ke Tanjung Dawai ini trip yang ke 2 kerana bulan
sebelumnya kami singgah waktu malam dan menyebabkan
sawah padi pun disangkakan pantai..
Trip ke dua ini juga kebetulan sahaja kerana tujuan nak
pergi kenduri kawin tapi disaat-saat genting jawatankuasa
mesyuarat ahli tingkap bersetuju dengan cadangan dari ahli
peringkat akar umbi untuk membuat lawatan sambil belajar
ke Tanjung Dawai.
Ketika ini kami di sempadan Penang dan Kedah. Nampaknya
trip kami ini mendapat sokongan dari padu dari iklan disebelah
signboard dengan isyarat bagus! menbuatkan kami bersemangat untuk
meneruskan perjalanan ini.



Bob dengan corak pemanduan ber'khemah' nampak agak excited untuk
sampai ke destinasi dengan memandu dilorong kanan sahaja.
Walaupun begitu jarak 2 saat antara kenderaan dipatuhi malah
Bob dengan sengaja menjadikannya 6-7 saat untuk lebih selamat lagi.




Pemanduan 6-7 saat tapi bertukar ke 2 saat apabila kereta dihadapan bergerak lebih perlahan dari kereta yang kami naiki. nampaknya pemandu dihadapan dengan sengaja
menunjuk-nunjuk kereta barunya. Kami tak kisah pun
kerana Aiman pun tak kisah..!


Adegan cucuk lubang ekzos tadi berakhir apabila kami memasuki Exit 173 menuju ke Gurun. Dipercayai kawasan gurun ini adalah yang paling lembab didunia kerana mendapat hujan sepanjang tahun dan kajian mendapati kawasan ini tidak terdapat pun unta atau kambing gurun.



to be continue...