Ahad, 30 November 2008

Buddies ~ TheStar 26/11/08

Untuk kali ke 2 gambar aku dipublish kat TheStar ruangan Thumbnail.
Setakat ni hanya naib johan je belum dapat emas lagi (rm50..).
Tak kisah pun asal foto aku publish kat paper tu kira oraitla.
Bayangle satu malaysia antar gambar so 5 gambar terbaik haritu dipilih..

Foto ni amik masa singgah Tanjung Dawai balik kenduri kahwin umah
Aiza. Byk kambing kat situ so tak semena ada plak gagak main mesra
gitew ngan kambing then my Oly with 150mm barrel terus shoot.

what a wonderful world...!

Tongkat Ali

Masa pi Taman Rama-Rama dulu aku jumpa pokok Tongkat Ali ni yang
ditanam dalam pasu. Agak-agak kalau dapat cabut akarnya rebus buat minum
ha celik je biji mata agaknya..haha
Agaknya dah persepsi orang kita bila sebut Tongkat Ali untuk orang dah
berkahwin je.. Tak semestinya..
Sajela aku testing..masa main bowling minum dengan main tak minum
ada beza juga.. Masa tak minum 3 game kira maksimumla tak larat nak campak
bola fokus pun takde..tapi bila minum 4 game pun rilek je..siap strike 2-3 kali.

Kesimpulannya bagi aku:

1. Minuman Tongkat Ali tin tu banyak gula pastu ada kafein tak mustahil bertenaga.
2. Sebelum main bowling pastikan dah makan awal dan tidak letih
~ tak perlu minum Tongkat Ali.
3. Minumla Tongkat Ali original yang direbus akarnya untuk diminum
~ tiada bahan pengawet / kimia.
4. kalu korang perasan tin minuman bertenaga ni semua pakai tin keras..nape??
~Bayangla perut korang yang nipis tu...
5. Untuk kuat tenaga zahir dan batin elokla berpuasa..sahur dan berbuka..InsyaAllah..


Sherlock Holmes Adventures


Buku ni kompilasi kisah penyiasatan Sherlock Holmes. Gaya penceritaan agak menarik
(sebelum beli dah belek depan belakang baca introduction..)
so tak boleh nak cerita banyak, sebab baru je baca sampai muka surat doblas..
(Tetido..huhu)..
Katun Conan pun inspire daripada kisah penyiasat terkenal Sherlock Holmes ni.
Merangkak jugakla nak paham certain istilah yang tak biasa kita guna.
Standbyla kamus kat tepi..
Buku ni baru semalam beli hehe..harap2 laratla nak perabis bacanya...kira invest
untuk diri jugak baca buku ni...layan...

Isnin, 10 November 2008

Badminton

Setahun dah keje kat Penang jumpa semula kawan serumah masa kat KL dulu.
So dia (Asri a.k.a Din) ajak join main badminton ngan geng tempat keje dia. Baru -baru main
kena belasah jela..tapi 3bulan pastu dah improve. Dari sebatang raket dah jadi
4 batang. Agak costly jugak main badminton ni. Sewa court, shuttle, string
raket putus. Selalu main kat Jubli Perak, Kompleks Permata, kadang-kadang Pisa,
Sg Ara, Sekolah Cina dekat Pisa tu..masa tu kemaruk la.
Tak lama selepas tu barula budak ofis mula bergiat dalam aktiviti badminton ni.
Oraitla masa tu aku dah terror...hahaha.
Time betul-betul fight kalau main dengan member tempat keje kawan aku..Pergh
confirm basah peluh 'semua'...

Ahad, 9 November 2008

Photo Editing


Belajar editing ni bukan terus boleh pandai sehari dua tapi kena selalu latihan.
Bermula basic touching sehinggalah ke peringkat high level. kadangkala foto
kita shoot tak dapat seperti yang kita hendak so editing memainkan peranan.
Paling penting belajar editing ni adalah minat..datang minat barulah tekun
nak belajar...Aku start belajar editing foto ni sejak tahun 2000..belajar sikit2..
Ni kira belajar tak formal. Belajar sampai bila-bila pun tak habis kan..layaann!

Highway Lamp Post

Agaknya kalau rosak lampu tepi highway ni camane nak ganti ek??....Hahaha
(Gelakkan korang pun tak tau..)

Selasa, 4 November 2008

Speedtest Broadband

Sesaje test speed broadband kat opis aku...result 57Mb / 7Mb pergh! Agak laju juga.
Tapi agaknya bila dah didistribute ke byk PC dapat sorang sikit kot..
Teringat zaman dulu2 pakai dialUp 54Kb kekadang dapat 28Kb jer..betapa sengsaranya
ketika itu..hehe
Zaman dah berubah dunia dah maju..!

Isnin, 3 November 2008

Teloq punya hal..

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik
dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu
ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Al- Baqarah: 168

Memang best weekend morning pekena teloq ayam 2biji separuh masak.(Tapi yang gelinya melekat lagi taik ayam kat kulit telur tu..Uweekk!)Ni nak peringat kepada penggemar burger atau roti canai. Perati sikit telur ayam kat gerai tu samada dalam bekas telur (belum dibasuh) atau dalam bakul(sudah dibasuh). Kebanyakan kedai yang aku perati banyak guna telur ayam yang tak basuh.Bayangkanlah dia pecah telur yang terlekat najis tu pastu tebar pulak roti canai yang korang order. Samala burger..Tangan tu yang pecah telur,kira duit dan tanpa dibasuh pegang pulak burger yang korang nak makan.kalau korang jenis tak kisah takpela tapi kalau nak anak2 cerdik,yang dengar kata ha..janganla makan benda2 yang najis. Belum kira taik ayam tu ada virus ke ha lagi haru tak pasal tidur hospital..