Ahad, 17 April 2011

Travelog Formula 1 (F1) Sepang 2011- Part 2

Juara Dunia: tu dia juara tahun lepas Vettel nak masuk pit lane
selepas buat ujian masa. Kereta dia ni memang laju, bunyi pun
semacam je kuat..

Accident: Sebelum ujian masa F1 bermula, ada race sampingan..ad-on gitew..
Masa kat starting grid sebiji kereta tak gerak bila lampu hijau dah
nyala. 2-3 biji kereta kat belakang dapat elak, tiba-tiba member
cucuk angin tak sempat elak apalagi..bersepai le..
Bendera kuning dikibar dan 4 round safety car takeover
race.

Ferrari: Pit-lane paling glamour rasanya Ferrari, sebab ramai nak bergambar
kat situ. Tengok Alonso keluar masuk pit huh best betul..

Webber: Nih dia hasil Zuiko 150mm..dapat shoot Webber
keluar pit..sekarang diorang dah tukar guna tayar Pirelli
dan setiap kaler ada maksudnya..kalau kuning tak silap
memang untuk maksimum speed..

Jenson Button: Team McLaren aku suka dia punya kaler, red, white & silver..

 FIA: Bila selesai buat ujian masa, kereta akan
diperiksa FIA untuk memastikan peraturan
dipatuhi. Lepastu crew akan tolak kereta
tu ke Pit lane masing-masing..time dia tolak
ni le senang nak amik gambar..hehe

Tolak: Mungkin kalau pit lane dekat-dekat bolehla tolak..
jika dari hujung ke hujung teruk jugak..

CU  2012: Gitulah sedikit-sebanyak kisahnya sepetang di Sepang.
Jumpa lagi di 2012..InsyaAllah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan