Hari Jumaat: Alangkah bertuahnya kita di negeri-negeri bersekutu, Tanah Melayu ini
yang dimana pada hari jumaat pekerja lelaki muslim di jabatan kerajaan dan syarikat
yang berkaitan kerajaan akan mendapat rehat extra untuk menunaikan solat jumaat.
Kisahnya: Kawan kita seorang ni mengeluh sebab prestasinya pada hari jumaat
menurun sikit sebab Friday Prayer katanya. maksudnya dia diberi break 2jam, lebih
sejam je dari hari biasa tapi prestasinya dikira seperti hari biasa tanpa pengecualian.
Managing Others: Balik dari training Art of Managing Others baru-baru ini aku
pun menggunakan pendekatan Connect->Engage->Manage..yang diajar tu..konon je..
Aku pun explain kat depa ni pasal kiraan prestasi bulanan yang mana pasti capai
target jika ikut waktu kerja yang telah dijadualkan..kira nak bagi rasional dan
bagi view otak dia terbukak luas sikit..selebihnya aku mohon supaya dia mendapat hidayah..
Sahabat: Teringatla masa zaman remaja dulu..Jabar, kawan semasa bekerja di sebuah
bangunan di Jalan Sultan Ismail, kompeni bukan melayu ini takde pun nak bagi waktu
rehat bagi solat jumaat. Sendiri mahu ingatlah..
Syukur: Setiap jumaat kami akan berkejar ke masjid Kg. Baru senyap-senyap dan
balik secepat yang mungkin. Alhamdulillah Jabar sekarang seorang guru dan aku bekerja
tanpa perlu pergi solat jumaat senyap-senyap.
Doa: Sekiranya kerja yang kita lakukan sekarang menghalang untuk beribadat maka
berdoalah selalu, InsyaAllah dipermudahkanNya dan rezeki tuhan yang bagi, jadi
janganlah berkira sangat.
Foto hiasan: Anak kecil yang sedang menunggu ayahnya menunaikan solat..
bagusla semasa anak-anak dah didekatkan dengan masjid..zaman sekarang
ada yang dah tua bercucu tapi sembahyang jumaat pun tak pernah pergi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan