Khamis, 14 April 2011

Travelog Formula 1 (F1) Sepang 2011- Part 1


2010: Tahun lepas punya cerita tak habis lagi, nak repeat untuk
tahun seterusnya.
Kisahnya sebab tak puas hati bawa kamera handphone
je amik gambar tahun lepas. Pastu dah tahu nak repeat tahun ni,
tak reti-reti nak beli tiket awal, jadi tak dapatlah 50% diskaun.

2011: Berbekal tiket grandstand qualifying day ngan Zuiko 150mm
kira bersemangatla nak amik gambar sekitar perlumbaan mengejar masa.

 Safety Car: Barisan kereta keselamatan yang tengah takde keje..
lepak-lepak sebelum race.
Kalaula zaman budak-budak dulu ada F1 dah tentu bila cikgu
tanya cita-cita nak jadi apa bila besar, confirm aku cakap nak jadi
Safety Car driver...ko mampu?..haha..

Jatuh Cinta: Yang best safety car ni, bentuk standard je 
tapi bunyi..pergh jatuh cinta dengar.
Bunyi rabak giler..dalam tv sopan je tengok kereta ni beraksi..
tengok live try..


Paddock: Duduk kat grandstand dapatla tengok aktiviti
kat paddock dan driver keluar masuk pit. Kat sini juga
dapat dengar driver speeding habis-habisan..bunyinya?
Macam nak terkoyak trakea kalau tak pakai earplug.

Tiket Free: Kanak-kanak bawah 7 tahun tak perlu tiket rasanya,
tapi safety firstla kena protect telinga.
kalau ada anak-anak pesan kat diorang camni:
Pesanan untuk anak-anak abah.."kamu semua (ramai)
belajar rajin-rajin pastu kerja ngan Petronas..
nanti tiap-tiap tahun abah dapat tiket free tengok F1"..hehe..

Driver pun dah masuk pit..kena buat sequel le nampaknya..mata dah rabak nih.
tunggukan part II.. :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan