Sabtu, 26 Mac 2011

Hobi mengumpul nombor giliran

Hobi baru mengumpul nombor giliran ni berlaku secara kebetulan sewaktu
berurusan di Kedai Tenaga TNB.
Pertama: Singgah di kedai tenaga Shah Alam tapi apabila diberitahu
kediaman di PJ maka dinasihatkan berurusan di Kedai Tenaga Petaling Jaya.
Kedua: Sampai di Kedai Tenaga PJ staf lelaki yang baik hati itu mempersilakan
duduk dan borang diisi. Setelah lengkap, diajukan pergi ke kaunter untuk tindakan
selanjutnya. Setelah petugas dikaunter melihat salinan bil lama maka dia pun
memaklumkan urusan ini sepatutnya di buat di Kepong kerana PJ ada dua
bahagian.
Ketiga: Sampai di Kedai Tenaga Kepong, borang pun disemak dan dimaklumkan
Setem duti tu kena matikan dulu..eh..kat PJ aritu takde pulak cakap kena matikan
setem..Aku pun tanya nak matikan setem dekat-dekat sini kat mana..jawapan dia
kat Lembaga Hasil Jln Duta, dalam hati aku, kalau Lembaga Hasil paling dekat
kat PJ la kot..
Keempat: Setelah mengisi borang PJS2 di LHDN PJ, setem pun dimatikan dan
sekali lagi pergi Kedai Tenaga Kepong. Urusan pun selesai akhirnya..
Cadangan: Hobi ini adalah percuma. Nombor giliran boleh didapati
 di kaunter-kaunter bank, kedai, klinik dan sebagainya. Selamat Mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan