Juara Dunia: tu dia juara tahun lepas Vettel nak masuk pit lane
selepas buat ujian masa. Kereta dia ni memang laju, bunyi pun
semacam je kuat..
Accident: Sebelum ujian masa F1 bermula, ada race sampingan..ad-on gitew..
Masa kat starting grid sebiji kereta tak gerak bila lampu hijau dah
nyala. 2-3 biji kereta kat belakang dapat elak, tiba-tiba member
cucuk angin tak sempat elak apalagi..bersepai le..
Bendera kuning dikibar dan 4 round safety car takeover
race.
Ferrari: Pit-lane paling glamour rasanya Ferrari, sebab ramai nak bergambar
kat situ. Tengok Alonso keluar masuk pit huh best betul..
Webber: Nih dia hasil Zuiko 150mm..dapat shoot Webber
keluar pit..sekarang diorang dah tukar guna tayar Pirelli
dan setiap kaler ada maksudnya..kalau kuning tak silap
memang untuk maksimum speed..
Jenson Button: Team McLaren aku suka dia punya kaler, red, white & silver..
FIA: Bila selesai buat ujian masa, kereta akan
diperiksa FIA untuk memastikan peraturan
dipatuhi. Lepastu crew akan tolak kereta
tu ke Pit lane masing-masing..time dia tolak
ni le senang nak amik gambar..hehe
Tolak: Mungkin kalau pit lane dekat-dekat bolehla tolak..
jika dari hujung ke hujung teruk jugak..
CU 2012: Gitulah sedikit-sebanyak kisahnya sepetang di Sepang.
Jumpa lagi di 2012..InsyaAllah..
Ahad, 17 April 2011
Khamis, 14 April 2011
Travelog Formula 1 (F1) Sepang 2011- Part 1
tahun seterusnya.
Kisahnya sebab tak puas hati bawa kamera handphone
je amik gambar tahun lepas. Pastu dah tahu nak repeat tahun ni,
tak reti-reti nak beli tiket awal, jadi tak dapatlah 50% diskaun.
2011: Berbekal tiket grandstand qualifying day ngan Zuiko 150mm
kira bersemangatla nak amik gambar sekitar perlumbaan mengejar masa.
Safety Car: Barisan kereta keselamatan yang tengah takde keje..
lepak-lepak sebelum race.
Kalaula zaman budak-budak dulu ada F1 dah tentu bila cikgu
tanya cita-cita nak jadi apa bila besar, confirm aku cakap nak jadi
Safety Car driver...ko mampu?..haha..
Jatuh Cinta: Yang best safety car ni, bentuk standard je
tapi bunyi..pergh jatuh cinta dengar.
Bunyi rabak giler..dalam tv sopan je tengok kereta ni beraksi..
tengok live try..
Paddock: Duduk kat grandstand dapatla tengok aktiviti
kat paddock dan driver keluar masuk pit. Kat sini juga
dapat dengar driver speeding habis-habisan..bunyinya?
Macam nak terkoyak trakea kalau tak pakai earplug.
Tiket Free: Kanak-kanak bawah 7 tahun tak perlu tiket rasanya,
tapi safety firstla kena protect telinga.
kalau ada anak-anak pesan kat diorang camni:
Pesanan untuk anak-anak abah.."kamu semua (ramai)
belajar rajin-rajin pastu kerja ngan Petronas..
nanti tiap-tiap tahun abah dapat tiket free tengok F1"..hehe..
Driver pun dah masuk pit..kena buat sequel le nampaknya..mata dah rabak nih.
tunggukan part II.. :-)
Sabtu, 2 April 2011
Kisah Sang Helang dan MLM
untuk memotivasikan sesiapa yang mendengarnya.
Telur: Kisah bermula dimana seekor ibu ayam yang mengeramkan sebiji telur helang
bersama telur-telur ayamnya. Sampai masa menetaslah telur-telur tu semua dan
bergaulah anak helang bersama anak-anak ayam yang lain.
Ringkasnya: Walaupun helang itu telah membesar dan fizikalnya sebagai
seekor helang tapi masih berkelakuan seperti ayam kaedahnya..
Motivasi: Kita semua ada potensi jadi jutawan, tapi kalau bergaul dengan
orang-orang yang tak mau jadi jutawan kita pun akan ikut seperti mereka.
Jadi berubahlah sekarang..sertailah Skim MLM dot..dot..dot ni....Pttuuuiiii...
Foto: Aku shoot masa helang ni lepak kat tepi tingkat 58, Komtar, Penang.
Langgan:
Catatan (Atom)












