Rabu, 2 Februari 2011

Aktiviti selepas banjir

Apabila matahari mula memancar, hujan telah berhenti dan air banjir sudah surut
maka aktiviti seterusnya ialah membersihkan rumah yang dilanda banjir.
Part yang paling penat rasanya. Lokasi di Kg Tenang, kawasan yang teruk dilanda banjir.
Kelihatan sepasang Crocs selesa bermain lumpur..Seeloknya semasa kerja
pembersihan dijalankan dinasihatkan untuk memakai pelindung kaki yang sesuai.
Manala tahu dalam lumpur tu ada kaca, paku atau binatang berbisa tak ke naye..
Tengokla betapa tebalnya lumpur ni..bila melangkah bunyinya.."Clup..clup"...


Lumpur yang dikumpul akan dibuang dan selepas itu barula kawasan tadi dibasuh
menggunakan air. Lepak der tengok lumpur banyak-banyak ni..tengok pun dah lepak..
apatah lagi bahu yang memikul..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan