Jumaat, 28 Januari 2011

Chong Wei Vs Taufiq Hidayat : Malaysia Open 2011

Kisah bermula ketika keboringan melanda dihari minggu. Ish tergerak pulak hati
nak tengok final malaysia Open 2011, Chong Wei lawan Taufiq.
Nak tunggu England open bila pulak nak jejak ke sana. So siap-siap then gerakla
ikut LDP ke Bukit Jalil..
Lepas Puchong tengok signboard takde pun tulis Stadium Putra..dah agak dah mesti
terlepas ni..rupanya kena ikut signboard Komplek Sukan Negara baru jumpa..

Sampai je terus beli tiket..akhirnya dapat juga nak tengok Taufiq punya games..hehe
Jangan marah, aku dulu-dulu minat taufiq..tang jumping smash, backhand smash..fuhh
Lin Dan pun pernah kena 13-0 masa zaman kegemilangan Taufiq Hidayat.

Pukul 1.30 penyokong dah start masuk stadium..aku sibuk tengah collect belon** untuk
memekak kat dalam nanti..
Game pertama Mix Double..boleh tahan lagi..
Game kedua..Women Double..Aku dah sangap...gi zohor dulu pastu melantak kat cafe..
Ni yang bagusnya Malaysia..dalam stadium ada surau..takdela alasan ye anak-anak
dah tua taknak solat..
Game ketiga..Men Double..eh entahla..aku pun dah lupa yang mana satu main dulu..camnela
bergu Malaysia takleh 'berkokok' dihalaman sendiri..
Pastu Women single..eh aku rasa double men dulu kot..gasak la..tapi menghiburkan
juga dengar diorang ni menjerit-jerit kat tengah court sambil terlompat-lompat..
"Kau mampu der????"....
Dan akhirnya..tibalah saat yang dinantikan..Chong Wei garang ditempat sendiri..
Taufiq nampaknya ada problem kat lutut..tak berapa sangat nak ngejar drop Chong Wei..
apapun aku bagi Taufiq exception sebab dia dah kawen..hehe
Chong Wei start dengan smashnya..pastu drop short gilebab depan net..perghh
menyudu Taufiq dibuatnya..Taufiq tak kurang hebat..skill return servis, jumping smash masih
tajam lagi..dan yang paling aku tunggu..backhand smash Taufiq!..Sekali menjadi la..
Chong Wei takleh buat apa..fuhh..happening...sorakan penyokong makin kuat..
Fan Malaysia memang sporting..dan seperti dijangka Chong Wei menang bergaya
di tempat sendiri..abis je dah kul7 petang..

Nota**
Belon ni diorang bagi free..beli air pun dapat juga..aku tiup 2 biji..yang lain bawa balik..
buat kenangan..haha..

1 ulasan: