Isnin, 13 Julai 2009

Fisheries Research Institute - Aquarium

Hasil penjelajahan kepulauan Mutiara ini
teman singgahla ke aquarium di area
Batu Maung. Lawatan sambil belajar
yang tak dirancang ini mudah-mudahan
dapat lagi mengenali spesis aqua marin
di Malaysia.


Welcome..welcome..

Lanskap flora...
Nak masuk aquarium tiketnya hanya rm5, kira murahla
daripada Waterworld Langkawi..
Ha..ni spesis namanya Kaloi..nampak ayu je
tapi boleh koyak jaring kalau dia langgar.
Sebelum amik gambar ni teman dah minta
izin penjaga kat pintu masuk aquarium tu.
Dia bagi amik gambar tapi jangan pakai direct
flash sebab boleh merosakkan mata ikan.
Ha..dengar tu kawan-kawan...

En Toman ni mahu 8-10 Kilo..

Ni yang rupa roti mexico adalah saudara tapak sulaiman.
kakinya dilipat masuk ke dalam untuk mengelirukan
musuh.
Ini dia 'Patrick' kawan Spongebob dengan gaya
'give me five!'.
Ninja Turtle pun ada...

Ikan Kap berwarna warni..
Galeri siput pun ada..dari atuk sampai
ke cucu siput ada dipamerkan.

Klimaks dari lawatan sambil belajar ini ialah
terdapat mini auditorium yang menempatkan
aquarium besar. Pelawat boleh duduk macam
dalam panggung wayang sambil
melihat aksi terlampau ikan-ikan saiz XXL.

Atuk kerapu (kertang) ni lebih besar dari teman..
mahu 70-80 Kilo nih...
Sekian ye adik-adik lawatan kita...haha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan