Isnin, 27 April 2009

Meniti senja hari..

Setiap kali main bowling kat Penang Bowl biasanya
aku lepak-lepak dulu tengok orang memancing.
Setiap kali pergi mesti ada pakcik ni sedang khusyuk
menunggu pancing disentap ikan.
Dari raut wajahnya mungkin dalam lingkungan hujung
60an. Bersendirian memancing dalam usia sebegini
membuatkan aku terfikir adakah memancing ini
sekadar hobi atau sumber rezekinya.

Duduk ditembok sambil ombak menghempas batu-batuan dengan
angin yang bertiup nyaman menenangkan fikiran seketika daripada
kesibukan hidup. Kesabaran menunggu pancing disentap dalam
fikiranya mungkin terkenang kisah-kisah sewaktu dulu.

Setelah pancing disentap dan ikan dikeluarkan dari mata kail maka
umpan dipasang kemas dan tangsi dilontar semula ke laut dengan
harapan yang baru. Rezeki ada dimana-mana asal kita berusaha
tentulah ada hasilnya. Allah Maha Pemurah menyediakan lautan luas
untuk semua hambaNya mengaut segala yang ada didalamnya.


Berumpankan Umpun-umpun yang diambil dari selut di kawasan
berhampiran Gurney Drive yang dicarinya pada sebelah pagi
adalah kegemaran bagi ikan-ikan dipesisir pantai ini.

Bagi kaki pancing yang ada wang boleh mendapati umpun-umpun
ini dengan harga lebih dari rm5 seekor. Tapi baginya lebih senang
mencari umpun-umpun ini diselut pantai sewaktu air surut.

Inilah antara hasil pancingannya. Mungkin sedap digoreng atau
dimasak cara lain.
Dalam mengejar keduniaan kadangkala kita terlau cepat
mengalah atau berputus asa dengan ujian yang diberi
tanpa melihat ada insan lain yang menerima lebih besar
ujian kehidupannya. Hidup perlu diteruskan walaupun

usia di hujung senja...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan