Ahad, 12 Julai 2009

Revenge of The Fallen - Batu Feringghi

Jenayah yang tidak dirancang ini berlaku tiba-tiba kerana
hujan sehari dua ni continuosly tak berhenti dan faktor
'revenge of the fallen' sebelum ini.
Ala-ala filem twister kira dah nampak cuaca tak
berapa elok moodnya tapi rasa cam best je
main ujan maka jenayah ini perlu diteruskan..haha


Sesampai kat port, 2 apek tengah memburu suspek-suspek.
Alun punyala kuat sampai kena pakai double batu ladung.
Time cuaca tak elok kenala cari port yang ada orang, takla
seram sangat..

Ombak kuat dengan ukuran 5 scala richter
dan dalam hujan-hujan ni hanya En Gelama
yang berjaya dinaikkan.

Dengan cuaca makin tak berapa nak elok dan
keputusan untuk tidak meneruskan jenayah
ini terpaksa dibuat demi keselamatan rakyat.
dan macam biasa..'revenge of the fallen'
part 2 akan ditayang tak lama lagi untuk
memburu spesis Megatron decepticon..sekian.


Ahad, 5 Julai 2009

Teluk Bahang - Fishing

Port mancing kali ini adalah di area Teluk Bahang.
Lokasi di KM 53.4. Time ni tengahari dan matahari
tegak diatas kepala.



Tengokla fenomena ni..Subhanallah..
Lihat 'ring' pelangi keliling matahari tu..
Korang jangan amalkan shoot direct to sunlight
sbb nnti cepat jahanam CCD kamera korang.
Henpon aku ni xkisah sgtla kalau rosak kameranya.
Demi untuk menunjukkan fenomena ni kepada korang
aku amik juga walaupun berisiko.



Aku pun tak tahu apa Mat Salleh tu buat atas
batu panas2 tak pakai baju..haha
Masa aku pacak joran (tajur), tiba2 tali putus tanpa ada sentapan.
Spesis apa punya keje tu?..2-3 kali jadi tali putus camtu.
Port ni tak mengecewakan. 2 ekor kerapu dan 2 ekor gelama
berjaya dinaikkan. Paling besar kerapu dibawah ni..
besar tapak tangan.
Sesi repeat mungkin akan terjadi bila-bila masa.
Spesis misteri pemutus tali akan didedahkan...tunggu..


Sabtu, 4 Julai 2009

Transformers

Mengisahkan 2 sedara mara yang bergaduh sejak
zaman datuk nenek moyang yang berpecah kepada
geng baik (Autobot) dan geng jahat (Decepticon).
Fallen (ketua jahat) merancang sesi pembalasan dendam terhadap
Optimus Prime terakhir (ketua baik) dengan
menghidupkan Megatron mengguna sejenis batu 'energon'.
Batu yang disimpan geng manusia ini menjadi
buruan geng jahat dan aksi mendapatkan batu ini
membabitkan geng manusia yang menyimpan
batu ni.
Nak dijadikan cerita optimus prime mati masa
bergaduh ngan geng jahat dan misi manusia
ni pulak mencari batu lain untuk menghidupkan
Optimus prime. So diorang cari kubur datuk nenek
Optimus Prime untuk cari batu tersebut.
Happy ending...Optimus Prime hidup
dan geng jahat dapat dikalahkan.

...Begitulah batang pokok citer ni
yang ranting2 tu kalu citer
makan 2 jam wo..kesimpulannya:

1. Kalau RM10 tu antara Rokok & Tranfmrs,
dahulukan Tranfmrs dan berhenti merokok.
2. Kalau RM10 tu antara movie melayu&Tranformers
dahulukan Transformers.

kalau...boleh, pinjam je dvd member korang
tengok kat rumah...toksah membazir...haha