Rabu, 14 Mei 2008

Ihtifal 2008

Program Ihtifal 2008 - Usm Transkrian, Pulau Pinang. Program selama 3hari 2 malam ini telah berlangsung dengan jayanya. Peserta yang datang dari seluruh pelusuk semenanjung Malaysia menyertai Acara2 bagi Peringkat Sek. Rendah dan Sek. Menengah. Acara dipertandingkan seperti bacaan Al-Quran, Hafazan, Doa selepas solat, Makna dalam solat, choral speaking, Cerita kisah nabi, syarahan bahasa melayu, arab dan english, nasyid, gubahan dan lain-lain lagi..

Tugas aku dalam program ini lebih kepada photography dan support multimedia. Task kali ini dapat belajar banyak perkara..paling best nak siapkan presentation sampai tak tidur malam. Tengok jela gambar kat bawah ni abis aku make-up..

Gambar dibwh adik2 tengah menulis khat..foto ni aku nak fokus pada baju batik rasmi sekolah adik2 ni so background kena bg monochrome.

Gap masa rehat sempat aku shoot adik2 ni tengah seronok bermain. Mcm2 gelagat boleh dilihat, tapi apapun very interested bila lihat persembahan dan pertandingan masatu.

Aktiviti ini tentunya dapat mengeratkan silaturrahim dan menambah pengalaman dalam penganjuran acara. Terima kasih kepada boss yang ajak join program ni dan semoga Islam terus subur dibumi tercinta ini.





Isnin, 21 April 2008

Georgetown Panoramic View

OXFORD Dictionary
panorama n. 3 picture or photograph containing a wide view 4. continuous passing scene / panoramic adj. [Greek horama view]

Gambar ni aku óter'untuk masuk blog sbb gambar asal guna pixel lebih besar. Asalnya HQ minta untuk gambar view office dari dalam atau luar. so aku shoot dengan lens Zuiko 14mm-45 ((f3.5-5.6) bersama tripod maka terhasillah gambar ini. Tricknya boleh juga dapat imej ni dengan sekali shoot tapi pixelnya rendah. so aku shoot 3 gambar dari angle berbeza dan merge jadi satu gambar. Pastu adjust dia punya color bagi naik turun mana yang patut.

Korang boleh click gambar ini untuk saiz lebih besar. TQ

Allah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu berehat padanya dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia seluruhnya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur. - Ghaafir-61

Rabu, 16 April 2008

Setahun sudah berlalu...Penang Hill

Setahun sudah berlalu..masa ni join Fun Walk Up Penang Hill.. hiking Bukit Bendera. Bermula pukul 8pagi di garis bermula dan dirasmi YDP Pulau Pinang.

Bertemakan alam sekitar..so sepanjang hiking tu bolehla melihat keindahan alam sekitar dan
sambil tu menginsafkan diri untuk menjaga alam sekitar..agaknya itulah objektif program ni..

dari kaki bukit nak sampai atas jaraknya lebih 5KM..tracknya walau jalan Tar tapi korner
dia suma baring2..cerun lebih 45 darjah pun ada..perghh..kuar peluh jantan betina..huhu

Banyak juga spesies pokok-pokok dapat dilihat sepanjang hiking. Masa ni pakai compact camera
jadi taklehla nak zoom jauh2..so disebabkan tu aku buat comeback masa pakai DSLR..tgula pada story yang akan datang..haha

Ha..korang tengokla betapa seksa awek tu panjat bukit bendera ni..gear 1 beb... Impak maksima pun tak berani nak Drift kat sini...
Masa naik punyala ramai..dah tengah2 jalan selisih 3-4 orang je..aku amik masa lebih kurang 1jam untuk sampai atas..ha member lain 1jam kena tinggal..jalan2 long distance ni kalau sekali berenti ha jawabnye beratla nak jalan balik..so maintain je jalan..

Lega bila sampai atas..barula tau rupa bukit bendera ni..macamana dapat nama bukit bendera ni akupun tak tau..view cantikla nampak bandar Penang..cuaca masa sampai tu tengahari panas terik tu..
Yang best kat Malaysia ni jalan mana2 mesti ada masjid..tgkla masjid ini telah dibina pada tahun 1966. Masatu cable car dah ada. (Second trip nnti aku citer pasal cable car plak).
Masjid yang tersergam indah..bertuahnya bumi Malaysia ni rakyatnya senang nak beribadat tanpa gangguan..masjid cantik2 selesa.
Atas bukit ni ada beberapa biji meriam..kedudukannya strategik menghala ke laut bagi pertahanan dari serangan melalui laut masa zaman dulu. Pandang pun dah berat..satu hal juga diorang nak pikul naik atas bukit ni.. masa nak turun naik cable car..rm2 je. Nak turun balik jalan kaki taubatle.. Seronok, puas hiking masa ni.. ikuti comeback penang hill yang seterusnya. Jumpa lagi!