Memori: Zaman persekolahan telah lama berlalu..sesekali
terlihat foto dulu-dulu maka terimbaulah suka duka
alam persekolahan.
Enjoy: Zaman dah dah lepas memang enjoy rasanya sebab
dapat habiskan masa tu dengan geng-geng yang best.
Attitude: Kekadang zaman sekolah juga boleh
membentuk attitude seseorang..kalau dia rasa best
masa sekolah, maka dia akan rasa best juga masa keje..
Pandangan: Aku selalu jumpa orang yang
memang membosankan bila buat kerja..kira ada je yang
tak kena..hah dalam imaginasi aku dah terbayang..
mesti masa sekolah dulu dia ni jenis yang membosankan...
confirm..haha
Isnin, 20 Jun 2011
Khamis, 2 Jun 2011
Telur Pindang - Resepi rahsia Cik Da
Resepi: Bagi 1st timer tengok atau rasa Telur Pindang
tentu persepsinya berbeza-beza. Ada suka ada yang
tak suka. Nih aku tunjukkan makcik aku punya
resepi..terbaik dari Felda Tenang.
pelbagai jenis bagi menghasilkan aroma dan warna Telur
Pindang. Bahan-bahan lain seperti serbuk kari, jintan dan
lain-lain juga turut diletak bersama.
Masak: Setelah siap telur disusun, maka air diisi
penuh dan direbus selama 3 hari dengan api yang
kecil.
Terbaik: Air dalam periuk sekali-sekala dijenguk untuk memastikan
air tidak kering.
Proses perebusan diteruskan lagi sehingga hari yang ketiga.
Dah tengok cara Telur Pindang dihasilkan
lepas ni jangan takut-takut nak makan Telur Pindang..rasanya
memang terbaik.. :-)
Lampam Pasir Salak
JWW Birch: Kawasan di belakang Resort Pasir Salak ini
dipercayai tempat dimana JWW Birch telah dibunuh
menjadi lokasi memancing kali ini.
Umpan: Selepas sarapan aku terus pacak joran
guna umpan roti. Tiada hasil. Test pakai cacing hanya
dimain-main anak-anak ikan.
Sifu: Sedang memancing, tak lama tu datang sorang
pakcik mencadangkan guna umpan sawit..
"Area sini elok pakai sawit buat umpan"..aku pun
bagitau "takpelah pakcik..saja-saja je ni..
Dah tak larat menunggu, aku handover kat adik
ipar yang dulu-dulu katanya gila memancing jugak.
Sambil tu aku pun berborak-borak dengan
pakcik nih yang menetap di Kampar dan sedang
bercuti bersama keluarga di resort ini.
Penganyir: Pakcik yang sentiasa senyum dan 'cool'
ini tak lokek berkongsi ilmu dan pengalaman.
Apa saja soalan aku pasal memancing dia jawab
dengan penuh minat.
Change Strategy: Kisahnya dalam perjalanan ke resort
pakcik ni tak bawa alat kelengkapan mancing..tapi sempat
kutip buah sawit sebagai 'standby'. Buah sawit dipotong
dadu dijadikan sebagai umpan.
Hasil: Tak lama selepas itu joran ditarik dan dengan
tenang pakcik mengendalikan aksi tarik menarik
untuk mendaratkan ikan yang tersangkut pada kail.
Hasilnya Lampam lebih kurang 700-800 gram
berjaya didaratkan.
Puas: Macam tak percaya ikan makan sawit kan..
besar pulak tu. Begitulah pengalaman berharga yang
sempat dikongsi bersama pakcik yang ku kira 'Sifu'
dalam arena pemancingan ini.
Langgan:
Catatan (Atom)





