Isnin, 16 Mac 2009

Jalan-jalan kampung ku

Balik ke kampung baru-baru ini sempat melihat kawasan
penternakan kambing under belia. Bersebelahan kandang adalah
kolam ikan dahulunya, sekarang tak tahula jadi kolam apa.
Aku just snap je pakai enpon tapi tak tahu apa yang Bro ni buat.
Seingat aku kayu tu sejenis kayu yang susah dah nak jumpa dah
sekarang ni. Orang tua-tua dulu guna kayu ni untuk buat perahu.
Kira cam artifak juga kot..lepas bersihkan bolehla jadikan barang
kraf dari kayu lama.




WSH

Balik dari Walimatulurus Kaie & Hasni kat Pearl Orient
ternampak VIVA plet KL WSH XXXX..Oh tidak!
Bukan apa teringat dulu masa zaman-zaman belajar nak
cari plet KL WSH stand for my name. Agaknya kawan aku
yang sama cita-cita nak dapatkan plet ni dah dapat agaknya.
update JPJ pada 16/03/09 plet KL sekarang WSJ7359.
Cepat je masa berlalu..

Ahad, 15 Mac 2009

Nik Nur Madihah - 20 As

Tahniah kepada pelajar cemerlang SPM 2008, Nik Nur Madihah.
Walaupun datang dari keluarga nelayan, kesusahan bukan penghalang untuk berjaya.
Senario yang berlaku sekarang bila result exam keluar media akan membincangkan
apakah ganjaran bagi mereka yang mendapat keputusan cemerlang, Maka terkeluarlah
soalan-soalan begini:

Soalan1. Apakah hadiah yang dijanjikan adik untuk keputusan cemerlang ini?
Anak orang kaya: Family saya janji untuk belikan saya sebuah kereta
dan melancong ke luar negeri.
Anak orang susah: Kejayaan ini adalah hadiah kepada penatlelah susah
payah ibuayah membesar dan mendidik saya.

Soalan 2. Apakah rahsia kejayaan adik sehingga berjaya mendapat keputusan cemerlang ini?
Anak orang kaya: Hasil usaha saya mengamalkan study berkumpulan dan tumpu
dalam kelas membantu saya mencapai keputusan cemerlang ini.
Anak orang susah: Alhamdulillah, Doa ibuayah serta tunjuk ajar guru-guru dan
mengamalkan solat Hajat adalah rahsia kejayaan saya.

Lebih kurang begitulah soalan dan jawapan yang biasanya kita dengar. Tak kiralah
kita ni datang dari keluarga yang susah atau senang yang paling penting kesedaran
dan usaha untuk berjaya mesti ada.