Khamis, 15 Januari 2009

Boikot.....


Salah satu azam aku tahun ni untuk Boikot makanan-makanan segera yang
seangkatan dengannya. Reason aku:
1. Setiap sen sumbangan kita akan digunakan untuk usaha menjahanam
umat islam.
2. Penyedia makanan ini walaupun islam tapi tidak sembahyang. (Surau?)
3. Resipi rahsia?
4. Mahal = Membazir
5. Kita pulak kena tolong bayar cukai dia..(apa kejadahnya).
6. Tukang masaknya sekarang ramai Bangla..
7. Bagusnya promosi untuk kanak2 mainan..tapi anak2 kat Gaza
'engkau' bagi mainan bom.
8. Banyak lagi..korang boleh renung-renungkan.

Seelok-eloknya makanan paling baik dari air tangan ibu dan isteri.
Dari pandangan sufi masakan dipengaruhi siapa yang masak.
Sekiranya ibu dengan penuh kasih sayang memasak untuk
keluarganya maka kasih sayang itu akan tercurah ke dalam
diri keluarganya. Bayangla kalau sebaliknya..Wallahualam.

Selasa, 13 Januari 2009

Mapley...Lepak jap..

Kekadang something yang kita plan tak datang masa kat ofis atau rumah.
Time santai camnila kekadang idea-idea tu datang. Masa yang sesuai lepak
cari idea ni lepas subuh la time tu org sikit kat Mapley..Ada satu teka-teki
pasal mapley nih..Apsal mapley tak dibenarkan main bola kat manchester?
Jawapannya: Sebab kalau dapat corner dia bukak kedai kat situ..
Tips nak makan kat Mapley bagi aku jangan ada patung dan make sure ada
jual kari lembu..pastu jumaat tutup waktu solat jumaat. sendiri mau ingat beb...hehe

Salam Maal Hijrah 1430 & Tahun Baru 2009

Tahun Baru datang lagi..awal tahun ni terpikir apala aku dah buat
setahun yang lepas..Mostly banyak pikir pasal kerja..Orang kata
keje takkan abis..memang tak abis kalau tak jadikan masa bekerja
tu sebagai medan pengalaman dan pengajaran.
Saje je aku tepek gambar anak buah..setahun sekali jumpa makin
beso..aku camni jugak tak kawin-kawin..haha.
Banyak benda pending nak masuk dalam blog ni..slow-slow aku akan
add kan..Wassalam.