Rabu, 27 Februari 2013

Prestasi kerja 2012 dan Bonus

Tibalah masa penilaian prestasi untuk tahun 2012.
Sudah tentu ia akan menentukan berapa jumlah
bonus dan kenaikan gaji aku.
Masa submit kat boss aritu score tahunan
agak teruk jika dibanding prestasi bulanan
disebabkan ukuran rating yang berlainan.
Fasa seterusnya bergantung kepada moderation
session..dan boss-boss yang akan tentukan
siapa yang dapat level paling tinggi dan rendah.

Tahun 2012 memang tahun yang agak stress
bila masuk ke projek baru dan berhadapan
tekanan dari kiri-kanan atas-bawah.
Walaupun pahit nak menempuh tapi sebenarnya
banyak juga kemanisannya.

Bila meeting kat menara pasti akan terkenang
semula kenangan 8 tahun lalu semasa dipanggil
2 kali sesi temuduga untuk kerja yang aku pun
tak tahu apa kerjanya..lawak pun ada.

Alhamdulillah, semua tekanan dan cabaran itulah yang
menguatkan aku dan pasal bonus tu jangan pikir sangat..
Jika kita dah buat yang terbaik ilmu dan pengalaman
itulah bonus sebenarnya.



Selasa, 26 Februari 2013

Harimau Selatan - Hero kalah dulu

Ayuh bangkit JDT..sudah kena 2-0 camna nak menang nih..
tiba-tiba Guiza score..fuhh terbaik..biasala hero kalah dulu..
kejap lagi kenala Kedah ni..Johor lambat panas!..haha


Guiza turning shoot..Golll!

Free kick Guiza...memang terbaik..lagi sekali Guiza...Gooolll!

Guiza sumbat penalti untuk kemenangan Johor!..

Ahad, 24 Februari 2013

Siapa yang mengarut?

Amboi ustad confident level sangat tingginya suruh
sebarkan kenyataan dia yang mengatakan zikir
taubat ini sesat..Iyelah nak berbalah pasal pokok
dah takde point..jadi isu-isu ranting ni lah yang ada..


Kita yang kurang ilmu ni perlulah merujuk
kepada mereka yang alim sebelum menerima bulat-bulat
apa yang didakwa sesat.
Penjelasan Tn.Guru pada minit ke 25:00.

Sabtu, 23 Februari 2013

Bakul raga buluh - Melentur buluh



Gigihle sapa yang rajin menganyam buluh sehingga
menjadi raga ni. Risikonya tentu ada seperti selumbar, miang,
tercucuk mata, luka dan belum lagi disampuk hantu buluh betung.

Selama ni raga buluh hanya berbentuk bulat dan apa kata
anyam dalam bentuk empat segi?

Analogi: Pepatah Melentur buluh biarlah dari rebung ialah sebagai
menggambarkan susahnya buluh untuk dilentur bila dalam keadaan
sebatang. Tapi bila dah dibelah-belah jangan kata lentur, siap boleh
anyam jadi bakul. Begitu juga jika anda ada kawan atau anak murid
yang ketegaq degil nak ubah sekali terus memang susah tapi ubahlah
part by part...kena usaha,doa dan banyak sabar. InsyaAllah.

Lokasi Foto: Teluk Intan




Jumaat, 22 Februari 2013

Yang tak faham bahasa je Animal

Masa sekolah rendah cikgu ajar perumpaan
berkaitan binatang untuk menggambarkan sesuatu
kejadian agar mudah difahami. Contoh-contoh
perumpamaan adalah seperti berikut:
  • Anjing dengan Kucing
  • Belut pulang ke lumpur
  • Cencaru makan petang
  • Anak ayam kehilangan ibu
  • Ayam berak kapur
  • Seperti belangkas
  • Cacing kepanasan
  • Cicak tertelan kapur
  • Harimau sembunyi kuku
  • Itik pulang petang
  • Katak bawah tempurung
  • Kera dapt bunga
  • Pungguk rindukan bulan
  • Tikus membaiki labu
So..binatangkah manusia yang
diumpama dalam perumpaan diatas?
Contohnya:
Abu merindukan Jamilah seperti pungguk
rindukan bulan...
Soalannya..Binatangkah Abu?

Dicadang untuk mewajibkan budak sekolah
lulus bahasa melayu darjah 6 agar tidak menjadi
masalah di kemudian hari.


Khamis, 21 Februari 2013

Tuan Guru Syeikh Muhamad Nuruddin

Pagi-pagi selepas subuh pada pukul 6.30pagi di
tv Al-Hijrah ada slot bersama TG.Syeikh Nuruddin.
Orangnya tenang, ilmunya tinggi tapi tawadhuk dan
sangat menjaga adab dalam menyampaikan ilmu.

Berbeza sungguh dari Ustaz-ustaz muda sekarang ni yang
kejenya nak bidaah orang aje dan mengata ulama ini
tak betul dan ulama itu tak betul padahal diri sendiri
ada skandal memang tak boleh blah..

Ikutilah video Kapsul Islam ini dan kita boleh menilai
keikhlasan TG dalam membangun ummah serta
menyampaikan ajaran Islam bukan kerana nak jadi
CEO dan bukan kerana nak membidaahkan orang.


Ahad, 17 Februari 2013

Panduan asas memancing sungai

Disini nak diperturunkan 3 panduan asas yang paling
utama semasa memilih lokasi untuk memancing di sungai.
Panduan ini aku dapat masa sekolah rendah lagi sewaktu
memancing bersama abah. Walaupun dah lebih 20 tahun berlalu
tapi sampai sekarang ajaran abah sangat berguna.

1. Pandang atas:
Tepi-tepi sungai biasanya ada pokok-pokok rendang.
Sila perhati betul-betul atas dahan, ranting dan celah daun sebab
takut ada ular tengah ber'salai'. Takut tengah sedap
mancing tiba-tiba sawa jatuh dari atas tak ke haru.

2. Pandang bawah:
Bila memancing tepi tebing sungai sila jenguk sikit
bawah tebing. Kadang-kadang bahagian bawah
tebing dah terhakis. Syok-syok memancing tebing
runtuh tak pasal masuk berita muka depan Sinar
Harian.


3. Baling Kiri atau Kanan.
Semasa nak lontar kail pastikan jangan
baling melawan arus sungai. Kalau arus
ke kanan jangan baling kail ke kiri.
Potensi untuk kail tersangkut sangatlah tinggi
jika baling melawan arus.




Selasa, 12 Februari 2013

Pasang Tali Perambut Misi Temelian

Masa-masa terluang waktu cuti ni dapatla sediakan
tali perambut untuk misi seterusnya menangkap Temelian.
Kali ni guna tali perambut 40 dan 60paun.
Sawit peram pun dah ready tinggal cangkuk je, tapi untuk
hasil peraman yang baik ambil masa 2-3 minggu.
Nampak mudah memancing ni tapi sebenarnya ilmunya
tak pernah habis untuk dituntut. Hasilnya kita akan lihat
nanti. InsyaAllah.

Ahad, 10 Februari 2013

Kelab Badminton Felda Tenang

Analisis yang dibawakan oleh Atok melaporkan bahawa 2 faktor
yang menyebabkan budak-budak tak turun main bola disebabkan
ramai yang dah join main bola tampar. Impak juga terkena sukan
takraw yang dikhabarkan tidak dapat bermain kerana pemain
tinggal 4 orang.
Jadinya main bola petang tu dimain seramai 10 orang tanpa penjaga
gol iaitu stail futsal buat gol kecik.

Malamnya dikhabarkan team badminton pula buat pertama kali
membuka keahlian dan bermain di dewan.
Kasut dan raket tinggal di KL pulak..jadinya pakai kasut futsal
dan raket pinjam.
Agak lama juga gantung raket sejak transfer ke KL.
Jadinya nak test juga skill-skill masa kat Penang.
Lepas main 2 set game member tegur
"Ko main tak kuar peluh ke?"
Tu maknanya belum jumpa regu yang sebenar. Nampak
juga yang terrer2 tapi tak berkesempatan berlawan.

So anak rantau jika pulang ke kampung silalah bawa
raket, boleh test power.

Jumaat, 8 Februari 2013

Skuad Cendol Pulut maintain kalah

Sampai bila pasukan bola sepak kita ni
asyik kena belasah je..cubalah menang
sekali-sekala..Asyik nak eksperimen
je..lagi satu player yang sama je dipilih..
carilah pemain yang keras sikit..ini semua
macam cendol...

Kemusykilan aku:
1. Pemain utama ramai yang cedera atau boikot?
2. Siapa "Playmaker"?..carila sorang 2 senior player..
3. Kalah pun nak bangga?..orang lain pecat diri sendiri
4. Coach luar rasanya tak pilih kasih..tak nak cuba?
5. Ada fitness baru boleh fokus tapi sebaliknya?
6. Insentif tak cukup nak naikkan motivasi player?

Cukuplah 6 kemusykilan sahaja..moga sukan
negara terus maju..kalau kritik dah takut bagaimana
berani untuk dicabar?

Khamis, 7 Februari 2013

Azli Paat - Pemergianmu Dirindui


Aku mengenali Azli Paat hanya melalui Radio Bernama 24
melalui rancangan Azli On-Air setiap Isnin hingga Jumaat.
Slot yang bermula 7.30 - 8pagi ini berkenaan IT dan setiap apa jua
persoalan berkenaan teknologi dan komunikasi daripada pendengar
melalui facebook dan telefon akan terus dijawab oleh beliau.
Sememanganya beliau seorang pakar dalam IT.
Perwatakan beliau yang bersemangat dan ceria setiap pagi
sangat menghiburkan. Kadang-kadang diselitkan juga unsur
humour semasa penyampaian maklumat menjadikan ia sangat
seronok untuk didengar.
Bila nak pergi kerja masuk kereta aku akan start dulu
enjin, kedua On Radio...mesti terdengar dah suara Azli
sebab masa balik kerja memang aku On Bernama Radio untuk
Slot Kerusi Panas. Jadinya pergi dan balik kerja ada
2 manusia yang jadi peneman semasa memandu. Azli dan petang
pula Wan Shahrina.
Berita pagi harini sangat mengejutkan dengan berita
kematian Azli akibat demam panas. Serius memang sedih
sangat bila slot pagi Azli On-Air tadi diisi dengan bacaan
Al-Fatihah dan lagu sedih juga komentar dari bekas pengarah
Berita Radio Bernama juga kawan baiknya yang tidak dapat menahan
sedih dan terdiam beberapa kali masa bercerita tentang kebaikan arwah
yang selama bersiaran tidak pernah meminta bayaran dan pernah
menukarkan tayar keretanya yang pancit. Dengan DJ pun
sekali tangkap syahdu..
Moga Arwah tenang disana dan ditempatkan bersama-sama
orang yang beriman.Al-Fatihah.

Kisah Cinta Kawanku

Masa belajar kat U adala sorang kawan
aku ni sudah jatuh hati pada seorang makwe
seksyen sebelah..kawan aku ni agak skema
orangnya dan bab study nombor 1. Mungkin
cinta pertama dia..masalahnya dah suka tapi
segan pulak nak tegur makwe tu dan hanya 
menyimpan perasaan..
Masih lagi teringat lagu pevret kawan aku ni
Bunga Padang Pasir nyanyian kumpulan Sofea.
Bila nyanyi siap feeling-feeling bagai. Tahap
angau budak ni..kadang-kadang kelakar
kadang-kadang kesian pun ada.


Habis study kami membawa haluan masing-masing
dan kini kawanku bekerja sebagai pensyarah
dan dengarnya dah ada title "Ir.".

Last sembang dengannya aku pun menanyakan
sambungan kisah cintanya dulu..kira macam episod
drama yang tergantung dan beginilah cerita kawanku..
"ha ha ha! si dia tu cuma tinggal memory shj.. 
aku penah trace dia by sorg kwn aku ms stdy dlu. 
kwn aku tu serumah dgn dia. tp time tu dia dh tunang. 
so aku x ambik port psl dia lg.. lebih memilukn dia siap 
jemput aku lg ms kenduri kawin dia.. dah brp kali aku merantau.. 
jap duk png, jap duk perlis, jap duk johor.. skrg blk utara.. 
kj dkt dgn kg.. aku pun dah byk kali tewas dlm cinta ni..xpe 
la aku redha dgn smua tu.. dah bkn rezeki.. bkn semua yg 
kita nak akn dapat.. Mungkin Tuhan nak bagi yg lebih baik.. 
sowy la aku meluahkan nukilan rasa skit.. 
dlu apa2 hal ko la tmpt aku bercerita.. 
teringat zaman kita muda2 dulu.."

Gagal dalam bercinta memang pedih tapi
memetik kata-kata kawanku mungkin Tuhan
nak bagi yang lebih baik..Wallahualam.

Isnin, 4 Februari 2013

Sawit Peram Umpan Terbaik Ikan Gergasi

Lain padang lain belalang..jauh perjalanan luas
pemandangan..
Suatu masa dulu aku pernah rasa pelik bila
dengar orang pancing ikan guna umpan kelapa sawit..
Selalunya guna umpan cacing,dedak, roti..tapi bila kelapa sawit
jadi pelik bila pikir macamana ikan nak makan
sebiji macamtu..
Eksperimen pun dijalankan..maka buah sawit yang relai
dipungut dan diperam dengan tujuan untuk melembutkannya.
Beginilah rupanya buah sawit yang telah diperam.


Inilah port pancing untuk tujuan eksperimen ini.
Dengan kekuatan mesin 5000 dengan tali utama
10paun dan perambut 30paun apakah hasil dari
ujian ini?..

Strike...mesin mengaum "kreeeeeeeekkkkkkk" disebab
tak dapat tarik beban..aku boleh panik
pulak..maka pancing letak tepi jadi aku main tarik
tali dengan ikan dengan dua belah tangan menarik...
gerak sikit..aku lepas ikan pulak tarik..gayanya dah
macam nak cabut ubi kayu..4 kali tarik tiba-tiba..
"tttttusssssssss"....tali pancing putus...adoiiii......
memang besar..serius..
ikan apa yang boleh putuskan tali ~5kg?

Kesimpulanya umpan sawit peram memang mujarab
dan perambut serta mata kail perlulah sesuai  untuk menahan
impak tarikan ikan gergasi disungai ini.

Monolog: Ada orang beranggapan kenapa buang masa
nak memancing?..pergi pasar lagi senang macam-macam
ikan ada. Bagi aku ada 2 cara untuk mendapatkan ikan.
yang pertama guna duit dan yang kedua guna ilmu. Keduanya
tetap bergantung kepada rezeki yang Allah kurniakan.
Untuk dapatkan ilmu perlu belajar, belajar pula perlukan
pemerhatian dan kesabaran serta menerima pendapat dan
pandangan orang lain. Bilik darjah ditepi sungai berbumbung
langit luas serta unggas sahut menyahut, daun pokok gemersik
dibuai angin amat mendamaikan.