Kerja-kerja pembersihan paya untuk tapak rumah generasi kedua FelTen depan rumah aku sedang rancak berjalan. Nak buat rumah mahu 3-4 layer tanah kena tambak tanah rasanya baru kukuh. Tanah macamni tanam pisang atau nenas elokla kot, tak pun buat sawah bendang je baru ok.. Itu bukan hal aku..pandaila owner tanah nak menggayakan macamana. Nak pacak kondominium 15 tingkat pun aku tak kesah..haha
Kesahnya ternampakla mayang kelapa dari pokok kelapa yang dicabut tu.. Kira benda ni ada sentimental value gitu..last tengok pun masa zaman dulu-dulu je.. Nilah rupanya mayang kelapa..
Bagi yang nak jimatkan kos album kawen atau tunang dicadangkan produce je sendiri..motif kalau bayar mahal-mahal tapi album tak cantek pastu sendiri sakit hati menengoknye..edit sendiri atau minta tolong kawan-kawan editkan, kalau tak cantik ke'frust'an agakla minima..hehe.. Cadangan: 1. Kalau ada DSLR sendiri minta tolong sesapa amikkan gambar kawen korang tu upahla rm50..kalu xde minta tolong kawan rapat amikkan..hulurlah rm100. kalau adik beradik boleh dapat free.. 2. Masa edit crop/resize foto ikut saiz yang dikehendaki. Contoh kalau custom album 8x12 guna saiz 8x12 atau 8x24 untuk 1page atau 2page. 3. Dah siap edit boleh anta kedai untuk print..sekeping rm3-5 Untuk custom album 22 page kosnya dalam lingkungan rm100. Kalau ada printer sendiri lagi elok modal kertas glossy je. 4. Pastu lekat je gambar semua tu kat album pakai double tape. Harga Album Custom bawah rm50 boleh dapat. Kesimpulannya: Kos diatas rm250 tapi kalau kos album je baru rm150..kalau print pakai printer sendiri berapa lagi banyak boleh jimat beb..pakej biasa pun mahu tidak rm800..grand skit rm2000...