Teknologi bluetooth boleh menyelongkar isi handphone anda dari jarak 1KM! Percaya? Notis diatas dikeluarkan pihak berkuasa luar negara agar tidak meninggalkan laptops dalam kereta kerana ia boleh dikesan melalui gadjet Bluetooth. Bila berada dikawasan orang ramai sila hide atau off bluetooth untuk mengurangkan risiko terkena virus atau digeledah. Almaklumlah mana tahu ada ambik gambar seksi sendiri simpan dalam handphone..hah jahanam satu Malaya tahu!
Krisis kewangan dunia turut menjejaskan pasaran saham di malaysia.. chewah ayat macampembaca berita je..Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin kita mesti ambil tahu (bukan tauhu!)berkenaan pasaran saham sekarang. Tengokla graf syarikat ni. Start bulan April mula dah jatuh sampaisekarang dan aktiviti jual beli terhenti kerana minat pelabur untuk melabur kurang. Iyela kalau kitapun nak melabur mestila nak pulangan kalau melabur tapi rugi tak berbaloi le..Syarikat bila tiada pelabur maka aktiviti perdagangan terhadla berikutan bajet yang kurang. Mungkin krisis 98 dulu menyebabkankita kurang merasa kesan krisis sekarang ni. Index komposit sekarang pun dah turun bawah 900 mata. So aku advicele kalu sesapa ada duit lebih bolehla melabur sikit2 dalam pasaran saham sebab ada syarikat yang harga tengah jatuh lebih 50%..InsyaAllah bila pasaran dah ok bolehla jual untuk dapat profit. Bayangla kalau sekarang beli 1 saham 50c tahun depan harga sesaham naik RM2..beli10ribu unit pulak tu.. pergh lumayan....
“... Dan engkau lihat bumi ini kering tetapi setelah kami turunkan air (hujan) padanya, ia menjadi lembut dan subur dan menumbuhkan pelbagai macam tumbuhan dan buah-buahan yang cantik dan lazat.” (Al-Hajj: 5)
Begitulah Maha Suci Allah menjadikan hujan untuk faedah manusia. Selalu kita dengar orang merunguttentang hujan.."susahla camni nak gi keje hujan plak..!".. "Hari2 hujan susahla macamni!"..Lebihkurang macamtula dialog yang selalu kita dengar. Nauzubillah!..Hujan itu rahmat, elok kita berdoasemasa hujan turun dan bayangkan pulak jika kita merungut, memaki..waktu itu.
Foto ni aku snap dari office. Cuma setempat je yang hujan kawasan lain masatu terang. Macam air terjun!
Sebelum balik singgah makan kat Kg Baru. Kalu turun Kl sure pi sini makan. Tapi..dulu Chicken Chop punya sos special skit kuah macam Chicken Chop KFC tu tapisekarang macam letak sos je.. Air mango pun kaler dah pudar je, jika nak dibanding dulu nampakla kuning mango tu..(Rm2.50)Aku order Marryland Chicken lebih rm1 daripada Chicken Chop. (RM9).. Bro waiter tu inform bezanya cuma Marryland Chicken bahagian dada, Chicken Chop part lain.Bila makan rasanya macam makan nugget cecah sos..sebijik!
Dari carpark ke STAR Bukit Jalil ada sungai dan ramai juga fellas memancing dan ada juga yang menjala di situ. Elok juga masa lapang dipenuhi dengan aktiviti berfaedah seperti ini. Daripada 'dating' perabis duit kat shoping complex baikla sekali sekala beriadah kan...sweet moment tu...huhu (sporting tu aweks ni ek!)
Agak menawan juga output daripada gear baru ni..TTL Flash baru baca manual tapi yang tak tahan sebiji bateri AA RM22..2biji?? Rm44 hengget! Agak costly bila involve dgn photograhy ni. Tapi bagi aku "Something is better than nothing" mcm skill investing juga..Mungkin akan jadi sangat berguna pada suatu masa. Wat masa skrg aku dah invest banyak sektor..so Photography ni salah satu cabang investing..
Oh! Nafsuku tak terbendung lagi melihat Flash TTL itu lantas aku pun tanpa berfikir panjang terus je deal angkat satu lagi DSLR. Jadi takde masalah nak tukar lens bila shoot..bawa sekali dua hahaha...Mula cadang nak angkat Flash je..7rat-lebih..alang-alang menyeluk pekasam angkat sekali Body ngan Lens.... Weekend turun KL jalan-jalan testing kamera baru...haha