Alhamdulillah Syukur kepada Allah S.W.T kerana diri ini masih diberi kesempatan untuk berkongsi idea dalam blog yang dah mula berhabuk ni. InsyaAllah, pelan-pelan kita polish bagi berkilat sikit.
Kenapa aku masih memilih untuk berkongsi didalam blog ini dan bukan media stream yang lain adalah kerana sebab-sebab yang berikut:
1. Blog ni lebih kepada aku cakap dengan diri sendiri untuk sahabat-sahabat. Jadinya takde paksaan nak follow ke taknak like dan takde nak ambik hati sangat. Aku bukan desperate sangat pun haha..
2. Lihat kepada statistik setiap hari ada je pelawat yang berkunjung ke blog ni. Banyaknya dari google. Paling common adalah pasal Aircond tak sejuk. Sebab tu aku tutup comment Post Aircond tu sebabnya tak larat nak reply comment..hehe
3. Selepas post Aircond Tak Sejuk, post memancing ni paling dapat banyak dapat soalan. Macamana nak pasang umpan.. macamana nak peram sawit.. InsyaAllah aku akan kongsikan kisah aku bertarung One by One dengan Patin Buah bersaiz 11Kg pada awal puasa lepas tahun ini.
4. Feedback yang mengejutkan daripada anggota kumpulan Suara Hati yang bermurah hati berkongsi album yang aku cari-cari selama ini.. Maklumbalas daripada bekas anggota Al-Arqam tentang Anwar Ibrahim..panas..panas..hihi.. jadinya sayang nak tinggalkan blog ni.
Apepun semoga kalian diberi kesihatan dan keberkatan rezeki dalam menempuhi hidup ini.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
Selasa, 27 Jun 2017
Khamis, 28 Mei 2015
Sungai Anugerah AlamTerindah
Sungai adalah anugerah alam yang tak ternilai harganya. Bagi kaki pancing tegar
khususnya, sungai ibarat sahabat sejati yang setia mengalirkan airnya mengikut pasang
dan surut. Indahnya sungai dengan kejernihan maka banyakla khazanah didalamnya dan sebaliknya, tercemar sungai maka terganggulah segala hidupan didalamnya.
Istilah membangau sangat sesuai digambarkan bilamana sungai airnya
keruh. Bila lalu di tali air sawah jika terlihat airnya keruh macam teh susu
eloklah batalkan sahaja niat nak memancing sebabnya air yang masuk ke tali air
adalah datangnya dari sungai. Begitulah tips yang diberikan seorang kenalan
yang kerap kali menyapa aku ditepi sungai dan menjadi rakan diskusi tepi sungai.
Tambahnya lagi bilamana air sungai keruh ikan-ikan didalamnya seakan pasif
atau kata lain susah sangat nak makan umpan pancing. Tidak seperti masa-masa
air tidak keruh seperti warna bulu kera ikan-ikan lebih galak untuk memakan
umpan pancing.
"Bukan takde ikan, cuba pakai roti..Patin ada time air keruh macamni"..begitu
pulak kata pakcik aku memberi semangat. Perkara yang aku perasan bila berbual
dengan kaki pancing tegar bila dengar ceritanya lima puluh peratus apa yang
diceritakan macam cerita bohong. Mula-mula susah nak diterima akal tapi lama
kelamaan kita boleh menerima kebenaran cerita itu.
Contohnya umpan ikan guna sawit sebiji, naikkan tongsan 20kg guna tali 10paun,
joran patah tiga disentap Temoleh, pancing tak guna batu atau pelampung, joran
sembat naikkan Patin 10kg. dan banyak lagi kisah-kisah yang tak kurang seram
dan misterinya.
Sesungguhnya sungai itu adalah indikator perlakuan manusia disekitarnya.
Cantik dan jernihnya sungai adalah refleksi kepada masyarakat yang
sentiasa menjaga kebersihan dan memelihara hutan yang menapis
dan membekal air yang bersih ke sungai dan begitu juga sebaliknya.
Ahad, 10 Mei 2015
Ku Cari Damai Di Hutan
Anak kampung alah biasa tegal biasa bab bab masuk hutan.
Sangat dekat kehidupan masa kecil dengan alam. Cuma bila dah menjengah
Sangat dekat kehidupan masa kecil dengan alam. Cuma bila dah menjengah
dewasa maka hubungan dengan alam semakin jauh.
Segar dan nyaman, tenang dan permai.Tiada masalah untuk difikirkan.
Selesai Isyak kami berempat menikmati makan malam ditepi sungai
dan selepas itu berborak kisah-kisah hutan dan pengalaman masuk
hutan yang lalu. Derai gelak tawa kami memecah keheningan hutan
sehinggalah pukul 12 tengah malam. Mata dah mengantuk tapi ajakan
dari pakcik yang paling Otai antara kami untuk masuk hutan disambut
dengan senang hati.
Pengalaman masuk hutan pukul 12 malam memang mendebarkan.
Menaiki bot menyusur sungai dan menjengah hutan waktu dinihari
menghilangkan rasa mengantuk untuk bersedia menghadapi sebarang
kemungkinan. Sehingga pukul 3 pagi kami melabuhkan tirai malam dengan
tidur lena dalam khemah.
hidupan didalamnya. Gajah, harimau, badak, beruang, kancil, napuh, pelanduk,
rusa, kijang, segala jenis monyet, babi, ikan, seladang dan berbagai jenis flora
menghias pemandangan hutan.
Buah Sepang yang masak isinya seakan buah bacang tapi lebih serat dan
rasanya masam-masam manis. Pertama kali dalam hidup menikmati buah sepang
didalam hutan.
Kesempatan memanjat jeram sangat meyeronokkan. Bermula 9 pagi dan berakhir
di puncak jeram pada pukul 2 petang dan selepas itu turun semula mengikut laluan
darat. Penat untuk kaki melangkah tapi kedamaian hutan menghilangkan rasa penat
yang menongkah. Hasil dari treking kasut pun hancur. Tapi sangat berbaloi!.
Mana tak hancur setiap kolam yang terdapat di jeram habis di terjun bermandi
manda.
Keseronokan tak tergambar bila dihutan. Menghirup udara segar dan
menikmati kehijauan hutan mendamaikan jiwa. Sangat mensyukuri nikmat
hidup kurnian ilahi. Mudah-mudahan hutan ini sentiasa terbela nasibnya
dari kerakusan pembalakan dengan alasan kemajuan agar generasi seterusnya
dapat menikmati kecantikan dan keindahan hutan yang mendamaikan.
Langgan:
Catatan (Atom)